Melayu: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan |
Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 23:
Pada masa dahulu…sebelum kedatangan etnik-etnik utara,Benua Siam (IndoChina) diduduki oleh sukukaum bangsa Mala.Bangsa Mala yang menonjol membina kerajaan-kerajaan secara amnya dikenal sebagai bangsa Melayu.Bangsa Mala ini dikenal telah membina kerajaan-kerajaan sama ada sesama mereka mahupun bersama kaum-kaum kecinaan yang terawal,contohnya Mon dan Khmer.Namun begitu jika dikaji secara mendalam lagi kemungkinan juga Mon dan Khmer ini adalah hasil asimilasi bangsa Mala dengan kaum-kaum selatan China semenjak kaum Viet itupun menurut pakar arkeologi mungkin berasal dari Indonesia berdasarkan kesan-kesan arkeologi di semenanjung hingga ke utara IndoChina.Kajian linguistik menunjukkan bahasa Mon-Khmer itu berasal dari gaya bahasa Melayu Purba.Bahasa Melayu secara umum amat cepat mentransformasikan bentuknya sejak kita pun tahu SEBENARNYA BANGSA MELAYU BERSIFAT GLOBAL DAN GEOGRAFINYA JUGA ADALAH LALUAN TRAFIK YANG GLOBAL.Apabila terjadi desakan dari kaum-kaum utara,segala tradisi,bahasa dan budaya Melayu IndoChina diserap ke dalam budaya kaum-kaum utara yang sebelum itu menjadi kaum gasar akibat serangan Monggol dan Imperium China yang menakutkan itu.Hasilnya bahasa Melayu Purba dapat dikesan di dalam bahasa Khmer.Budaya Kejawaan juga dikesan dalam kostum,aksesori dan tarian Khmer dan Thai (Thai mencedok budaya Khmer).
Kerajaan Bangsa Mala merentasi kerajaan Kuno Bagan yang misteri di Burma,Kerajaan-kerajaan Mala-Saimen di tengah IndoChina,Angkor,Funan dan Champa di pesisir pantai Vietnam pada hari ini.Perubahan selama beribu tahun,peperangan dan penjajahan telah melenyapkan kerajaan-kerajaan ini.Namun sifat bangsa Melayu yang halus dan sukakan kesusasteraan dan ilmu pengetahuan telah meninggalkan sejumlah prasasti-prasasti yang menandakan BANGSA MELAYU PERNAH MEMBINA KERAJAAN DI INDOCHINA.
Baris 35 ⟶ 33:
‘THE LAND OF THE GODS’
Kita patanga urga cha meka
Baris 46 ⟶ 42:
Sejarah keagungan sesuatu bangsa boleh lenyap,jika bangsa itu tidak punya jati diri,melakukan kesilapan demi kesilapan atau tidak mengikuti perubahan teknologi dan ilmu pengetahuan.Walaupun pada satu-satu masa bangsa itu pernah membina negarakota dan kerajaan,namun semua itu tidak mustahil boleh hilang tidak berjejak sekiranya bangsa itu tidak kuat menahan cabaran dan dugaan.Jika ‘para dewa’ pun boleh tewas di tempat sendiri,apatah lagi bangsa yang bernama Melayu ini yang dikurniakan ‘Tanah Para Dewa’
sejarah tamadun Melayu seawal kerajaan Funan dan Champa,sejarah penubuhan kerajaan mereka yang lebih awal dari sejarah Thailand,Kemboja dan Vietnam,puncak kegemilangan mereka dan kejatuhan mereka.Kita belajar dari sejarah kita di sana yang diyakini 94% orang Melayu hari ini tidak tahu langsung tentang tamadun mereka yang hilang di IndoChina dan menganggap Vietnam dimulakan oleh orang Viet,Thailand dimulakan oleh orang Tai,Burma tidak ada warisan Melayu atau Kemboja itu memang asalnya milik orang Khmer.Kita belajar bagaimana mereka membina negarakota-negarakota sebagaimana Ur,Uruk,Nineveh,Kish dan Babylon.Dan kita belajar sebab-sebab kejatuhan mereka,serta betapa ramai kaum di dunia sebenarnya mengidamkan kekayaan di The Land of The Gods.
Baris 78 ⟶ 71:
Mengikut sumber China, raja-raja Funan yang dicatatnya ialah Fan-shih-man (205M-225M), Fan Shi-Shen 225M (mati dibunuh oleh sepupunya Fan Chan), Fan Chan (225M-330M), Fan Hsun (240/245M-250/285M), Jayavarman (iaitu Jayavarman I, yg memerintah 478M-514M), Rudravarman (yang memerintah 514-539M dan dianggap raja Funan terbesar yang terakhir). Mengikut sumber lainnya (Hindu dan prasasti), terdapat beberapa orang raja Funan lagi seperti Chandan yang memerintah sekitar 350M, Bhavavarman I sekitar 560M-570M dan Isanavarman (616-635M), walaupun sesetengah ahli sejarah mengatakan Bhavavarman I dan Isnavarman ialah raja Chenla, kerana dalam tempoh itu Chenla dan Funan dalam proses penyatuan, penyerapan atau pendominasian seperti yang dibicarakan nanti, malah Isanavarman dianggap menawan Funan pada 628. Pada kemuncaknya (kira-kira abad ke-5M), Empayar Funan merangkumi delta Mekong (sebahagian besar daripada Kampuchea dan Vietnam sekarang yang masa itu dikenali sebagai Campa dan Dai Viet), sebahagian besar Thailand sekarang (masa itu terkenal dengan Siam), Myanmar Selatan sekarang, hingga ke sebahagian besar Semenanjung Malaysia sekarang yang pada masa itu dikenali sebagai Langkasuka.
Keagungan Funan dalam bidang ilmu pengetahuan menyebabkan Dinasti China mengimport sarjana-sarjana Funan seperti Nagasen (sarjana yang diutus ke China 480M), dan Madrasena (sarjana yang diutus ke China pada 503M) untuk menjadi pensyarah kepada pegawai-pegawai dan cendekiawan China.bangsa Melayu adalah bangsa yang pakar dalam pelbagai bidang ilmu sehingga Emperor China pun terpaksa meminjamkan sarjana Melayu untuk mendidik bijak pandai mereka.ketika era Srivijaya,kelayakan seorang pendeta Buddha di China tidak lengkap jika tidak mendapat pengiktirafan dari universiti-universiti Srivijaya.
Pengganti kerajaan Funan ialah sebuah negeri peufti Funan juga (Chenla namanya, tetapi mungkin sekali suku kaum yang berbeza, walaupun serumpun agaknya), malah raja Chenla yang menawan Funan itu, Bhavavarman I, ialah cucu raja Funan bernama Rudravarman yang hebat itu. Agaknya Bhavavarman I sedar akan kemungkinan besarnya yang beliau tidak mungkin menjadi raja Funan, maka beliau pun berkahwin dengan seorang putri raja Chenla (negeri di daerah Laos sekarang tetapi dewasa itu di bawah naungan Funan) yang bakal menjadi raja kerana ketiadaan putra raja, dan seterusnya beliau menjadi raja Chenla itu sehingga mampu menawan Funan pula. Dengan kemenangan itu, Bhavavarman I (walau berasal daripada keluarga raja Funan tetapi dipengaruhi oleh permaisurinya) mula menghakis kebudayaan Funan dengan men-Chenla-kan (meng-Kambuja-kan?) kerajaan Funan sehingga pada zaman raja Funan-Chenla bernama Isnavarman itu dikatakan berjaya sepenuhnya dalam penyatuan Funan dengan Chenla dengan penubuhan ibu negaranya yang baru bernama Sambor sekitar 40Km drp Angkor. Tidak hairanlah tarikh penawanan Funan oleh cucu raja Funan itu seringlah dianggap tarikh kejatuhan Funan dan bermulanya kerajaan baru, kerajaan Chenla, yang berupa tunas pembentukan kerajaan Khmer purba yang dikenali sebagai Kambujadesa dan kemudiannya dirujuki oleh ahli sejarah barat sebagai Empayar Angkor.
Baris 88 ⟶ 79:
Kemuncak kerajaan Chenla ini ialah di bawah rajanya yang bernama Jayavarman I sekitar 750M. Tidak hairanlah ahli-ahli sejarah Kampuchea menganggap kerajaan Funan itu sebagai kerajaan pra-Chenla, pra-Kambujadesa atau pra-Angkor, kerana tamadun Kampuchea bermula dengan Tamadun Funan dan berkemuncakkan dengan Tamadun Kambuja yang berpusat di Angkor yang terkenal dengan binaan Wat/Vat Angkor pada abad ke-12M yang terkenal sebagai satu daripada benda ajaib dunia, walaupun secara rasminya nama Kambujadesa ini mungkin sekali bermula pada pertengahan abad ke-10M sahaja, iaitu zaman Raja Khmer purba yang bernama Rajendravarman seperti yang diterangkan sebelum ini. Namun sesetengah ahli sejarah mengatakan nama Kambujadesa atau Kambuja (dengan ejaan Rumi Melayu-nya mulai abad ke-20M sebagai Kemboja kerana masalah perubahan ejaan dari yang asal kepada Jawi dan ke Rumi) itu dipakai antara 9M hingga 13M. Jelaslah Kambujadesa (atau Kambuja sahaja, yang mengikut ejaan Rumi Melayu-nya, Kemboja, dan ejaan yang dipengaruhi oleh Perancis atau Inggeris ialah seperti Kamboja, Cambodia, Cambodge dan kini Kampuchea) memang sukar dipisahkan dengan Funan dan kerajaan rumpun Melayu purba. Tamadun Funan dengan tamadun Angkor memang akrab sehingga seni bina Angkor dengan Funan memang sukar dibezakan seperti yang dipaparkan dalam buku Briggs (1951/1999). Ini menimbulkan persoalan tentang pengiktirafan ahli sejarah yang mengiktiraf tamadun Funan sebagai tamadun rumpun Melayu terawal tetapi tidak pula mengaitkannya dengan tamadun-tamadun Mon-Khmer purba selepas itu (Kambujadesa dan Angkor), mungkin semata-mata kerana bahasa Mon-Khmer dikatakan serumpun dengan Orang Asli Malaysia seperti Sakai itu, iaitu bahasa Austranesia, sedangkan bahasa Melayu dikelaskan sebagai bahasa Polinesia. Atau bagi setengah pihak, bahasa Melayu sebagai bahasa Austranesia tetapi bahasa Mon-Khmer bukan bahasa tersebut.
Selain daripada itu Funan juga ada sistem percukaian tersendiri (termasuk impot-ekspot), dan perakaunan yang cukup mantap. Sebahagian daripada kemampuan ini ialah kerana ternyata Funan mempunyai sistem angka perpuluhannya yang tersendiri yang mengandungi angka (simbol nombor) sifar/kosong yang tertua di dunia (selewat-lewatnya pada awal abad ke-7 lagi seperti yang disebut di atas, dan besar kemungkinannya dalam abad ke-6 lagi) jauh lebih awal daripada sistem angka Muslim atau Hindu yang biasanya dikatakan tertua di dunia itu. Kajian pentadbiran Tamadun Kambujadesa mulai abad ke-7 Masehi yang dilakukan oleh Sharan (1974) itu sedikit-sebanyaknya dapat juga memberikan gambaran lebih terperincinya lagi akan pencapaian pengurusan dan pentadbiran Funan, walaupun kajiannya semuanya berasaskan prasasti Kambuja yang dalam bahasa Sanskrit sahaja. Kajian sepertinya untuk prasasti dalam bahasa Mon-Khmer purba itu nampaknya belum dilakukan hingga kini.
Baris 106 ⟶ 97:
Penduduk kerajaan Champa terdiri daripada orang Cham, yang mendiami kawasan persisiran pantai, dan yang lain mendiami dataran tinggi3. Mereka yang tinggal di dataran ini dibahagikan kepada dua kelompok. Pertama, kumpulan rumpun bahasa Austronesia, yang disebut Chamik. Ia terdiri dari orang Cham sendiri serta Jerai, Rade, Cru dan Raglai. Kedua, ialah kelompok yang terdiri daripada orang Ma, Mnong, Sre, Stieng dan orang Bahnar. Mereka dari rumpun Austroasiatik, kumpulan Bahnarik.
Campa meninggalkan sebanyak 98 buah prasasti (batu bersurat) dalam bahasa Melayu (Purba/Kuno) dan 29 buah prasasti dwibahasa (Sanskrit-Melayu), 43 buah prasasti dalam bahasa Sanskrit yang ditulis pada Zaman Kerajaan Campa itu dan dijumpai di Vietnam. Prasasti yang tertuanya dalam bahasa Melayu itu bertarikh sekitar kurun ke-4M dan di prasasti itu terpancar adanya pemerintahan Melayu yang bersistem di Vietnam itu.
Nama raja Campa yang tertulis pada beberapa buah prasasti (kerana kehebatannya) ialah Raja Bharavarman I yang memerintah dalam abad ke-6M. Raja-Raja Campa yang lain ialah (mengikut Internet 1.11) terdapat lima raja sebelumnya (Sri Mara 192M, Fan Hsiang/Hiong (270M), Fan Yi (284-336M), Fan Wen (336-349M) dan Fan Fo (349M-?). Kemudian 3 orang selepas Bharavarman I dan beberapa orang bernama Fan lagi termasuklah Fan Yang Mai (431M), diikuti oleh beberapa lagi termasuk Rudravarman I (529M), Prakadasadharma atau Vikrantavarman I & II (653-730M), Rudravarman II (749), Rudravarman III (1061-1074M, menyerang Vietnam Utara 1068M)…… Jaya Simhavarman I (898M), II (1030-1044M), III (meninggal 1307M dan dikenali sebagai Che Man oleh Vietnam atau Pou-ti oleh China), IV (1307-1312M), V (1400-1441M)…….Che Bong Nga (1360-1390M, raja Campa terakhir yang kuat) diganti oleh Raja Jaya Simhavarman Sri Harijatti atau La Ngai oleh Vietnam (mati 1400) ……P’an-Lo T’ou-T’siuan (1460-1471, tahun 1471 ialah tahun kekalahan teruk Campa Vijaya oleh raja Vietnam Le Loi sehingga 40 ribu orang Campa dibunuh dan lebih daripada 30 ribu diusir keluar Vijaya).
Baris 115 ⟶ 104:
Setelah itu sempadannya terpaksa berpindah lagi ke Selatan pada tahun 1306, dan pada tahun 1471 sempadannya telah berpindah ke kedudukan baru iaitu apabila Vijaya dimusnahkan sama sekali. Tarikh ini juga dipercayai sebilangan pengkaji sebagi tarikh tamatnya identiti kerajaan Campa. Kehancuran Vijaya ini dilakukan oleh satu pasukan tentera Viet sekuat 250 000 orang. Sejumlah besar dari 90 000 orang Cham telah terkurban dan yang selebihnya dibawa ke negara Viet.
Walaupun pada tahun 1478M, raja Campa Bo Tri Tri menguasai Vietnam selatan sekarang, di Kauthara dan Panduranga, dan kerajaan Campa baru ini diiktiraf China, namun keadaannya “hidup segan mati tak mahu” sahaja. Kerajaan Campa baru ini dikatakan berupa kerajaan yang rajanya beragama Islam dan membuat hubungan baik dengan kerajaan rumpun Melayu Islam di Alam Melayu ini seperti Kerajaan Melaka, dan Johor-Riau. Dalam keadaan diasak oleh Vietnam, raja Campa Islam bernama Po Klau Halu (1579-1603M), masih mampu menghantar pasukan tenteranya membantu kerajaan Johor menentang Portugis. Pada 1653M kerajaan Campa mengecil lagi sehingga hanya tinggal di Pandurangga (Phanrang sekarang) sahaja. Akibat peperangan saudara kerajaan Vietnam, kerajaan Campa Panduranga tersepit dan rajanya Po Cei Brei pada 1802M bersama ribuan pengikutnya lari ke Kampuchea. Raja Campa di Panduranga sejak itu berupa patung kerajaan Vietnam sahaja. Kebangkitan orang Campa menentang Vietnam cukup acap kali berlakunya tetapi yang agak besarnya (ramai yang mengatakan terakhir besarnya) ialah pada 1833-1935 di bawah pimpinan mujahid Katip Sumat dan nasionalis Ja Thak Va. Kematian mereka ini boleh dikatakan menamatkan riwayat penentangan Campa di Vietnam, walaupun saki baki pemberontakan orang-orang Campa (bersama-sama dengan peribumi Indochina yang lain) berjaya membentuk pakatan pemberontakan yang bernama FLM=Front de Liberation des Montagnards = Barisan Kebebasan Penghuni Gunung 1955 dan menukar namanya kepada BAJARAKA = Bahnar+Jarai+Rade+Kaho (nama suku-suku kaum Campa) 1958 dan kemudiannya bersatu dengan beberapa barisan pemberontak di Kemboja termasuk FLC= Front de Liberation du Champa = Barisan Kebebasan Campa yang ditubuhkan oleh Kol. Les Kosem, Kolonel Cam di Kemboja lalu menjadi FULRO=Front Unifie de Lutte des Races Oprimees = Gabungan Barisan Pembebasan Bangsa-Bangsa Tertindas) 1963. Barisan kebebasan Campa ini melancarkan beberapa kali pemberontakan di Vietnam selepas tahun 1955 itu (Lihat Mohammad Zain dan Nik Hassan Suhaimi 2004, dan Po Dharma 2005b). Mereka ini mahu kuasa autonomi di kawasan pergunungan di Vietnam Tengah (Provinsi Kontum) kawasan yang didiami khas oleh orang-orang Campa (mendapat perlindungan) pada masa pemerintahan Perancis di Vietnam dahulu. Kawasan ini di rampas oleh kerajaan Vietnam sejak pemerintahan Ngo Din Diem untuk penempatan pelarian Vietnam Utara pada 1955 dari tekanan komunis.
Pemberontakan FULRO yang agak besar kerana mendapat sokongan kerajaan Kemboja ialah pada 1964 tetapi gagal sepenuhnya. Pada 1973 lagi sekali pemberontakan FULRO di bawah Kpa Koi berlaku bersama komunis dan berjaya merampas wilayah pergunungan Vietnam Tengah itu. Namun pada 1975 komunis Khmer Rouge berjaya menawan Kemboja dan Jen. Les Kosem pun lari ke Perancis dan semua pemimpin FULRO yang lain ditangkap dan dibunuh bersama-sama ratus ribuan, malah dilaporkan jutaan, orang Khmer, satu pembunuhan beramai-ramai yang bersistem dan terkenal itu, tetapi tidak begitu dihebah-hebahkan sangat di Alam Melayu ini kerana kepekaan rumpun Melayu ketika itu pun kepada orang Campa sudah hampir tiada, atau tidak setinggi terhadap Melayu Patani lagi. Pada 1979 Khmer Rouge memaksa FULRO yang diketuai Kpa Koi bersatu dengannya untuk melawan Komunis Vietnam dan Khmer Rouge berjaya pada 1994, tetapi FULRO tiada mendapat apa-apa, malah terus ditindas lebih teruk lagi! Selepas itu FULRO meminta Bangsa-Bangsa Bersatu membenarkan FULRO berhijrah ke Amerika Syarikat dan terus berjuang dari jauh. Pada 2001 kaum minoriti di Vietnam Tengah (dengan sokongan FULRO?) memberontak lagi dan kerajaan Vietnam memerintahkan penghapusan total kaum minoriti ini lalu beribu-ribu orang Campa ini lagi lari ke Kemboja lagi dan meminta izin Bangsa-Bangsa Bersatu untuk berhijrah ke AS. Pada 10 dan 11 April 2004 kaum minoriti Vietnam ini dengan sokongan FULRO memberontak lagi dan Hanoi menghancur-leburkannya. Sedihnya berita-berita pemberontakan ini langsung tidak sampai kepada kita kerana kepekaan kita terhadap rumpun sendiri itu sudah lenyap ditimbus oleh kolonialisme dan kemudiannya nasionalisme sempit kita ditambah pula KEBANYAKAN ORANG MELAYU KINI SUDAH BUTA SEJARAH DAN BERPECAH BELAH.Mungkin 100 tahun akan datang terdapat dua jenis kaum yang berasal dari rumpun yang sama iaitu kaum Umno dan Kaum Pas yang berlainan budaya dan bahasa.
Bagaimana teraturnya pentadbiran dan pengurusan kerajaan Campa yang terbayang daripada kewujudan jawatan-jawatan itu dapat difahami lagi dengan adanya sistem subsidi dan cukai kepada kaki tangan kerajaannya, adanya unit-unit sukatan seperti yak dan jak (untuk berat atau isipadu beras dan sebagainya) yang masih dipakai oleh para petani sekarang, di Kelantan umpamanya; sukatan jarak li dan chang (kira-kira sama dengan 10 kaki atau sekitar 3 meter); unit luas yang dinamai sinjol, makik, malau dan satam; unit berat tael (ejaan Melayu kini ialah “tahil”, dan masih dipakai hingga sekarang), dram (sekitar 3 gm dan 12 dram = setael; di Barat drum yang berpunca drp bahasa yang sama, Sanskrit: drama, digunakan untuk isipadu cecair), thil atau tei untuk emas dan benda-benda yang berharga seperti itu (sekarang menjadi tahil juga), karsa atau kar untuk benda lain yang seberat thil juga, kemudian unit yang lebih tinggi lagi: pala = 4 karsa, tula = 100 pala dan bhara = 20 tula. Unit-unit lain lagi yang belum diketahui kuantitinya mengikut sukatan moden ialah panda, kattika dan pana. Semua ini berlaku sekurang-kurangnya sejak abad 8M lagi. Wujudnya sistem unit sukatan yang agak lengkap ini tidak menghairankan apabila mengenangkan Campa juga, bersekali dengan Kerajaan Funan-Chenla, sudah mendahului dunia dalam ciptaan sistem angka perpuluhannya dengan wujudnya sistem tersebut sekurang-kurang sejak abad ke-6M lagi (lihat Fazura 2005). Unit-unit sukatan di atas wujud di Campa sekurang-kurangnya dalam abad ke-12M kerana unit-unit itu tercatat di prasasti Campa bertarikh 1150M
Baris 128 ⟶ 113:
Bilangan tiga, tujuh dan seratus menjadi nombor mistik Campa dalam upacara kematian yang masih diwarisi oleh orang-orang rumpun Melayu sekarang walaupun ini bertentangan dengan ajaran Islam: orang biasa dibakar secepat mungkin pada hari kematian, bagi orang besar upacara dibuat 3 hari selepas kematian, raja selepas 7 hari dan 7 hari kemudian orang datang membakar jostik dan menangis lagi pada abu mayat dan ini diulangi 7 kali setiap minggu sekali, pada hari ke-100 selepas 3 tahun kematian mereka membuat upacara mengingatkan kematian itu lagi.
Di sepanjang wujudnya kerajaan Campa itu, tentu wujud pemimpin-pemimpin besarnya yang mengamalkan suatu cara kepemimpinan dan kepengurusan yang dianggap hebat sekurang-kurang pada zaman itu, terutamanya pada zaman kemuncaknya yang dinamai Zaman Mison atau My-Son itu. Umpamanya, Raja Bharavarman I (abad ke-6M) itu layak ditakhtakan sebagai seorang raja agung kerajaan Campa.penyelidik bersekutu INSPEM (UPM) turut mengemukakan fakta bahawa di antara sempadan Greek dan Albania, terdapat rumpun Melayu Champa yang mendiami di perbatasan tersebut, yang mana mereka ini mungkin dibawa ke sana oleh para penjajah ataupun aktiviti mengimport sarjana sebagaimana yang dilakukan oleh Imperium China bagi tujuan pemindahan pengetahuan yang terdapat di Alam Melayu. Kehadiran bangsa Chameria ini, boleh menimbulkan satu hipotesis, bahawa sebenarnya terdapat hubungan lama antara Tamadun Melayu dengan beberapa Negara Eropah Timur. Namun, sudah tentu, suatu penyelidikan mendalam haruslah digarap untuk mengesahkan hipotesis ini.
Baris 146 ⟶ 127:
*Cham Cambodia
Di Malaysia,terdapat 4 organisasi orang Melayu yang kita boleh renungkan di mana tersimpannya alter terahsia Melayu itu.Pertamanya,Umno yang lebih terkenal sebagai parti nasionalis Melayu.Parti ini adalah tunjang kepada politik Melayu di Malaysia ketika ini.Tiada apa yang dapat diulas dari organisasi politik Melayu ini,dengan latar belakang pendukungnya yang berbilang fahaman,namun fahaman sekular-moderate lah yang mendominasi parti Melayu ini walaupun ada di antara mereka masih kuat fahaman Islam mereka
Organisasi ketiga ialah Al-Arqam.Organisasi ini telah terkubur.Namun kita boleh mengkaji dari satu segi,mereka ini amat berjaya,malah lebih berjaya dari bangsa Cina.Al-Arqam pernah menjadi satu fenomena seluruh umat Melayu di Malaysia.Tidak keterlaluan,imej Al-Arqam adalah salah satu pemangkin yang merubah orang-orang Melayu pada era 80-an dan 90-an lebih mengambil berat kepada agama mereka.Pada tahun 70-an dan 80-an,pemandangan gadis-gadis Melayu yang memakai tudung masih ditahap menyedihkan namun setelah gelombang Al-Arqam ini,nampaknya bukan sahaja tudung semakin popular sehingga ada istilah mini tudung,malah pemandangan wanita berhijab muka juga menjadi pemandangan biasa.
Kehadiran mereka sebentar dalam masyarakat Melayu ini ada hikmah sebenarnya.Satu ciri penting Al-Arqam ialah KEMAMPUANNYA MEMBANGUNKAN EKONOMI.Pegangan Al-Arqam ialah “JIka ekonomi ummat Islam maju,maka seluruh umat Islam maju dan dapat mengamalkan Islam dengan selesa”.Inilah yang menjadi steroid kepada ahli-ahli mereka membuat makanan sendiri,berniaga,dan menjadi usahawan.Penangan sistem ekonomi Islam mereka bukanlah calang-calang sehingga industri kicap yang dulu dimonopoli oleh orang Cina telah diambilalih oleh orang Melayu yakni orang Islam.Monopoli industri kicap Cina hancur kerana Al-Arqam.Jika dahulu orang-orang Melayu terpaksa makan nasi berkicapkan kicap Cina namun kini tidak lagi.Ahli-ahli mereka bukan sahaja menghasilkan kicap,malah mee,bihun,tauhu dan kacang soya.Kesungguhan mereka membangkitkan inspirasi (baca:alter) kepada orang Melayu yang lain menghasilkan makanan sendiri sehingga taucu yang dulu hanya orang Cina yang mengusahakannya kini,makin pupus dan boleh dikatakan kini orang-orang Melayu membeli taucu-taucu Melayu.Dahulu di kedai-kedai,taucu Cina diisi di dalam balang kaca kecil.Kini taucu-taucu Melayu dalam bentuk paket-paket kecil sudah menjadi pemandangan biasa di kedai-kedai.Ekonomi Al-Arqam semakin besar sehingga mampu membeli pajero,bot,bas dan kereta-kereta mewah yang dahulunya hanya hartawan Cina sahaja mampu memakainya.Sehingga terdapat pepatah yang mengatakan jika ternampak orang Melayu menaiki pajero,tentu dia dari Al-Arqam.
Kekayaan Al-Arqam menarik perhatian ramai pihak sehingga ke luar negara,sehingga ada wakil orang Kristian Filipina datang mahu mempelajari sistem ekonomi Islam yang dibangunkan oleh Al-Alqam.Al-Arqam mampu membeli lot-lot kedai untuk kemudahan orang-orang Islam berniaga.Warisan Al-Arqam ini dapat kita lihat dari syarikat Rufaqa.Cuba kaji imej Islam yang kukuh ekonominya di Rawang Country Height.Kesampingkan isu-isu yang kontroversi mengenai mereka,cuba kaji mengapa sistem ekonomi Islam yang di amalkan mereka dapat memberikan kekayaan setara malah lebih dari bangsa Cina yang berkerja siang dan malam mencari emas di Suvarnabhumi ini.
Yang terakhir adalah Jemaah Tabligh.Ini adalah satu organisasi tersembunyi yang jarang diperhatikan oleh orang Melayu.Padahal jemaah ini amat penting dalam ‘hikayat Melayu’ seterusnya.Jemaah Tabligh amat menitikberatkan satu sifat Rasulullah s.a.w iaitu ‘Tabligh’ iaitu ‘menyampaikan’ dari segi terjemahan bahasa.Mereka ibarat misionari Jesuit dalam Islam.Namun mereka tidaklah kotor dan jahat sebagaimana Jesuit ini.Prinsip ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’ mereka amat kuat,malah lebih praktikal dari sesetengah ahli Pas yang mendabik dada seolah-olah merekalah lebih Islam dari orang lain.Konsep Tawakal mereka amat teguh dalam menjalankan usaha dakwah atau ‘usaha agama’ atau ‘usaha atas iman’.Walaupun Amerika-Zionis sedikit sebanyak telah berjaya membuatkan imej orang Islam berjanggut adalah pengganas dan menimbulkan Islamophobia di kalangan masyarakat Barat namun jemaah Tabligh seolah-olah bebas keluar masuk di luar negara tanpa masalah.Malah mereka berjaya mengadakan perhimpunan atau ijtima’ yang besar tanpa gangguan pihak kerajaan.Dilaporkan bahawa di Israel,gangguan dan diskriminasi ke atas umat Islam di sana adalah pemandangan biasa namun ini tidak terjadi ke atas Jemaah Tabligh Palestin.Masjid-masjid tempat berkumpul ‘karkun-karkun’ ini tidak diganggu Yahudi malah ada seorang rabbi Yahudi apabila ternampak para karkun ini,melarang askar Israel mengganggu mereka atas sebab-sebab yang aneh.Anda akan tahu mengapa golongan ini mendapat ‘perlindungan’ istimewa jika anda bersama-sama masuk ke dalam Jemaah Tabligh ini
|