Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 19:
[[Image:Arthur Percival.jpg|160px|thumb|left|<small>Leftenan-Jeneral Percival, Pegawai Jeneral Pemerintah Tanah Melayu pada masa penjajahan Jepun pada Disember 1941</small>]]
 
Pada pukul 10.30 petang, persidangan ketua Pemerintah Tanah Melayu (''Malaya Command'') diadakan di Bilik Perang Pangkalan Tentera Laut di Singapura. Marsyal Udara Sir [[Robert Brooke-Popham]], pegawai pemerintah kesemua pasukan British di Timur Jauh, teragak-agak untuk melancarkan [[Operasi Matador]] &mdash; penawanan Thailand Utara. Beliau memutuskan untuk melewatkan operasi tersebut, sekurang-kurangnya bagi malam itu. Ini kerana sekiranya beliau silap, ini akan mencetuskan perang dengan Thailand. Sebaliknya sekiranya beliau terbukti benar, tentera Thailand masih mungkin menentang kemaraan tentera British, dan persiapan logistik tentera British untuk bergerak masih belum bersedia sepenuhnya. Sejurus selepas tengah malam pada 7/8 Disember, sekumpulan pengawal [[India]] di Kota Bharu ternampak tiga bayangan besar, kapal pengangkut IJN: ''Awagisan Maru'', ''Ayatosan Maru'', dan ''Sakura Maru'' berlabuh sekitar 3 kilometer dari pantai Kota Bharu. Kapal-kapal tersebut membawa sekitar 5,200 orang askar daripada Detasmen Takumi, diketuai oleh Mejar Jeneral Hiroshi Takumi yang berada di atas kapal pengangkut ''IJN Awajisan Maru''. Sebahagian besar daripada mereka merupakan bekas perajurit, yang pernah melalui beberapa bulan latihan lasak dan pertempuran di dalam hutan [[China]]. Tentera tersebut terdiri daripada:
* Rejimen Infantri Ke-56 (Kolonel Yoshio Nasu, di atas kapal pengangkut ''IJN Sakura Maru'')
* sepasukan daripada Rejimen Meriam Gunung Ke-18 (Leftenan Kolonel Katsutoshi Takasu)