Perbezaan antara semakan "KLIA Ekspres"

Saiz tidak berubah ,  7 tahun lalu
 
==Latarbelakang==
Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) adalah sebuah syarikat swasta milik bersama YTL Corporation Berhad, Lembaga Tabung Haji dan Trisilco Equity Sdn Bhd dengan masing-masing mempunyai nilai pegangan saham sebanyak 50%, 40% dan 10%.Projek ini dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Datuk Seri Alwi bin Watinin Padapada [[25 Ogos]] [[1997]], kerajaan [[Malaysia]] telah menyerahkan konsesi 30 tahun kepada syarikat tersebut untuk membiayai, membina, mengendali dan mengawal selia sistem dan perkhidmatan rel penghubung [[Kuala Lumpur]]-[[KLIA|Lapangan Terbang Antarabangsa KL]].
 
Kerja-kerja pembinaan pula bermula pada bulan [[Mei]] [[1997]] dan siap lima tahun kemudian. Ia diserahkan kepada konsortium SYZ, sebuah konsortium usahasama diantara syarikat [[Jerman]] dan [[Malaysia]] iaitu Siemens AG, Siemens Electric Engineering Sdn Bhd dan Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd. ERL Maintenance Support Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun [[1999]] bertanggungjawab terhadap operasi dan selenggaraan tren milik syarikat induk berkenaan. Ia pada mulanya adalah sebuah syarikat usahasama diantara Express Rail Link Sdn Bhd dan Siemens AG tetapi kini dimiliki sepenuhnya oleh Express Rail Link Sdn Bhd.
Pengguna awanama