Ismail Idris: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 49:
[[Kategori:Ahli Parlimen Malaysia 1959]]
 
Datuk Haji Ismail bin Idris dilahirkan di Balik Pulau, Pulau Pinang pada tahun 1920. Beliau mendapat pendidikan menengah di Penang Free School sehingga tamat pengajian di peringkat Senior Cambridge. Sewaktu sekolah, beliau aktif dalam sukan hoki dan bolasepak. Selepas tamat pengajian, beliau telah berkhidmat di Hospital Besar Pulau Pinang sebagai Hospital Assistant. Pada tahun 1948, beliau mula berkecimpung dengan UMNO dan terus aktif dalam politik negeri Pulau Pinang. Beliau telah dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Cawangan DatoDhoby Ghauth, Keramat Pulau Pinang dalam tahun yang sama dan seterusnya menjadi Ketua Pemuda UMNO negeri Pulau Pinang pada pertengahan tahun lima puluhan. Pada masa itu, rakan perjuanganseperjuangan beliau adalah Allahyarham Datuk Haji Ahmad Badawi, iaitu ayahanda kepada Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ketika itu, Allahyarham Datuk Haji Ahmad Badawi adalah orang kuat UMNO di Seberang Perai dan menjadi Timbalan Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Malaya. Pada tahun 1959, Datuk Haji Ismail telah bertanding untuk kerusi Parlimen Penang Selatan dan berjaya dipilih ke Dewan Rakyat. Pada tahun 1962, beliau dilantik menjadi Naib Ketua UMNO Cawangan Negeri Pulau Pinang. Dalam pilihanraya umum 1964, beliau berjaya mempertahankan kerusinya di Dewan Rakyat. Pada tahun yang sama, beliau telah mewakili Malaysia ke Persidangan Ahli Ahli Parlimen Commonwealth di London. Sepanjang perkhidmatannya sebagai Ahli Dewan Rakyat dari tahun 1959 hingga 1969, Datuk Haji Ismail telah mengharungi lipatan sejarah seperti pembentukkan Malaysia pada tahun 1963 dan ancaman konfrontasi dari Indonesia pada tahun 1962 sehingga 1966. Beliau juga telah banyak membela nasib para petani dan nelayan di kawasan luarbandar Pulau Pinang seperti Balik Pulau, Bayan Lepas dan Teluk Kumbar dengan membawa isu isu mereka ke Parlimen. Tahun 1969 merupakan titik hitam sejarah politik tanahair apabila pergaduhan antara kaum tercetus di Malaysia. Parti Perikatan telah mendapat kekalahan teruk dalam pilihanraya umum nasional. Di Pulau Pinang, parti Gerakan dibawah pimpinan Tun Dr Lim Chong Eu telah berjaya menguasai kerajaan negeri Pulaudengan Pinangmenewaskan Perikatan yang ketika itu dipimpin oleh Tan Sri Wong Pow Nee, selaku Ketua Menteri. Datuk Haji Ismail serta rakan rakannya yang bertanding dalam pilihanraya tahun itu juga telah tewas ditangan parti lawan. PadaSetelah tahunberhenti menjadi wakil 1970rakyat, Datuk Haji Ismail telah mula berkecimpung dalam bidang perniagaan dan meneruskan perjuangan politiknya dalam UMNO. Pada tahun 1973, beliau menjadi Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang dan dalam tahun 1974 dipilih menjadi Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau. Pada tahun 1976 beliau menjadi Pengerusi, Persatuan Pemborong Binaan Bumiputra Pulau Pinang. Beliau juga dilantik menjadi Timbalan Ketua UMNO Perhubungan Negeri Pulau Pinang. Atas jasa jasanya kepada UMNO dan politik Pulau Pinang, beliau telah dikurniakan Darjah yangYang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) yang membawa gelaran Datuk pada tahun 1975 oleh Yang Dipertua Negeri ketika itu, Tun Sardon Haji Jubir. Beliau telah bersara dari arena politik pada tahun 1980 dan menghembus nafasnya yang terakhir pada tahun 1986 setelah mendapat serangan penyakit jantung. Beliau meninggalkan seorang balu, Datin Hajjah Marfu'ah Abdul Rashid dan enam orang anak semasa peninggalannya.