Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Kemaskini maklumat
Smim90 (bincang | sumb.)
kemaskini maklumat
Baris 5:
PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.
 
==Kontroversi==
===Isu pemberhentian pinjaman perbelanjaan===
Pada November 2011, media di Malaysia telah melaporkan bahawa Ahli Lembaga Pengarah PTPTN telah membuat cadangan supaya pinjaman perbelanjaan atau sara wang sara diri yang diberikan kepada pelajar yang memohon pinjaman pendidikan dari perbadanan ini diberhentikan pada tahun 2013. Tujuannya untuk mengurangkan bebanan perbadanan itu. Cadangan itu telah mendapat perhatian dan isu sensasi bagi rakyat di negara Malaysia, lantaran dari salah faham tersebut, pihak PTPTN telah mejelaskan bahawa ia merupakan suatu cadangan yang masih belum dimuktamadkan dan ianya masih melalui proses rundingan yang panjang.
 
Baris 27 ⟶ 28:
 
Pada tahun 2011 pula dijangka seramai 2.5 juta lagi pelajar akan memohon pinjaman PTPTN dan sehingga 31 September 2011, sebanyak RM2.74 bilion pinjaman telah dibayar balik oleh peminjam berbanding pembayaran balik yang sepatutnya iaitu RM6.2 bilion.<ref>[http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1109&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm Kosmo-Dana baharu untuk pelajar miskin]</ref>
 
===Isu pembekuan pembiayaan pendidikan kepada pelajar UNISEL===
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, menerusi agensinya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), telah menyekat dan membekukan pembiayaan pendidikan (berupa dana kewangan) kepada pelajar [[Universiti Selangor]] (UNISEL). Pengakuan pembekuan ini turut diakui kebenarannya oleh Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said yang dihubungi Sinar Harian Online pada 7 Jun 2012.<ref>[http://www.sinarharian.com.my/nasional/ptptn-pelajar-kuis-juga-dibekukan-1.54636 Sinar Harian Online - PTPTN: Pelajar Kuis juga dibekukan]</ref>
 
Menurut Pengarah Strategi [[PKR]], [[Rafizi Ramli]] meminta Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin memberi kenyataan sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar UNISEL adalah merupakan arahan dari beliau. Menurut Rafizi, Laman [[Twitter]] Datuk Seri Khaled Nordin telah mengggambarkan pendirian menteri tersebut. Khaled Nordin memberitahu dalam laman Twitternya: "Unisel boleh hapuskan yuran, dengan sendirinya memenuhi matlamat pendidikan percuma dan penutupan PTPTN yang dilaungkan Anuar (Naib Canselor Unisel) dan Pakatan". dalam pada itu Rafizi juga turut menyoal samada rasional pembekuaan ini adalah sebahagian dari mainan politik dendam Umno-Barisan Nasional (BN). Jika benar, Rafizi meminta Khaled untuk meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.<ref>[http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/06/khaled-nordin-arah-ptptn-sekat-pinjaman-unisel/ FMT News - Khaled Nordin arah PTPTN sekat pinjaman Unisel?]</ref>
 
Dalam perkembangan sama, penuntut-penuntut [[Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor]] (Kuis), juga turut berdepan masalah pembekuan yang sama.<ref>[http://www.sinarharian.com.my/nasional/ptptn-pelajar-kuis-juga-dibekukan-1.54636 Sinar Harian Online - PTPTN: Pelajar Kuis juga dibekukan]</ref>
 
Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri [[Muhyiddin Yassin]], tindakan menyekat kemudahan pinjaman ke pelajar Universiti Selangor (UNISEL) ekoran pendirian Pakatan Rakyat (PR) yang mahu ia dimansuhkan dan ia hanya bersifat sementara. Muhyiddin berkata, pembekuan diadakan untuk menyemak samaada Kerajaan Negeri Selangor dan Pakatan Rakyat masih memerlukan pinjaman pendidikan buat pelajar UNISEL atau tidak.<ref>[http://www.sinarharian.com.my/nasional/ptptn-unisel-kpt-hanya-semak-bukan-batal-kata-tpm-1.54562 Sinar Harian Online - PTPTN-Unisel: KPT hanya semak bukan batal, kata TPM]</ref>
 
Berikutan timbulnya isu ini, [[Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia]] (Gamis) membantah dan mengecam tindakan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tersebut kerana perbuatan menyekat menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab [[Kerajaan Malaysia]] dan bercanggah dengan moto “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.<ref>[http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/ptptn-unisel-gamis-gesa-batal-segera-sekatan-1.54665 Sinar Harian Online - PTPTN-Unisel: Gamis gesa batal segera sekatan]</ref> Ketidaksetujuan dalam isu pembekuan PTPTN juga turut disuarakan oleh Ahli Parlimen Rembau [[Khairy Jamaluddin]] yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Ketua Pemuda Umno menegaskan, para penuntut tidak seharusnya menjadi mangsa dalam perbalahan antara PTPTN dan Kerajaan Selangor. Menurut Khairy, "Walaupun terbukti Kerajaan Selangor gagal untuk memberikan pendidikan percuma kepada negeri yang ditadbir oleh mereka, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana keutamaan harus diberi kepada pelajar. Mereka ini (Pelajar) datang daripada pelbagai kelompok, bukan semua berkemampuan untuk membayar yuran pengajian. Oleh itu PTPTN harus mengambil kira perkara tersebut sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pembekuan itu."<ref>[http://www.sinarharian.com.my/nasional/khairy-ptptn-tak-wajar-sekat-pelajar-unisel-1.54596 Sinar Harian Online - Khairy: PTPTN tak wajar sekat pelajar Unisel]</ref>
 
==Rujukan==