Perbezaan antara semakan "Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional"

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, menerusi agensinya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), telah menyekat dan membekukan pembiayaan pendidikan (berupa dana kewangan) kepada pelajar [[Universiti Selangor]] (UNISEL). Pengakuan pembekuan ini turut diakui kebenarannya oleh Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said yang dihubungi Sinar Harian Online pada 7 Jun 2012.<ref>[http://www.sinarharian.com.my/nasional/ptptn-pelajar-kuis-juga-dibekukan-1.54636 Sinar Harian Online - PTPTN: Pelajar Kuis juga dibekukan]</ref>
 
Menurut Pengarah Strategi [[PKR]], [[Rafizi Ramli]] meminta [[Menteri Pengajian Tinggi Malaysia]], Datuk Seri [[Mohamed Khaled Nordin]] memberi kenyataan sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar UNISEL adalah merupakan arahan dari beliau. Menurut Rafizi, Laman [[Twitter]] Datuk Seri Khaled Nordin telah mengggambarkan pendirian menteri tersebut. Khaled Nordin memberitahu dalam laman Twitternya: "UNISEL boleh hapuskan yuran, dengan sendirinya memenuhi matlamat pendidikan percuma dan penutupan PTPTN yang dilaungkan Anuar (Naib Canselor UNISEL) dan Pakatan". dalam pada itu Rafizi juga turut menyoal samada rasional pembekuaanpembekuan ini adalah sebahagian dari mainan politik dendam Umno-Barisan Nasional (BN). Jika benar, Rafizi meminta Khaled untuk meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.<ref>[http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/06/khaled-nordin-arah-ptptn-sekat-pinjaman-unisel/ FMT News - Khaled Nordin arah PTPTN sekat pinjaman Unisel?]</ref>
 
Dalam perkembangan sama, penuntut-penuntut [[Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor]] (Kuis), juga turut berdepan masalah pembekuan yang sama.<ref>[http://www.sinarharian.com.my/nasional/ptptn-pelajar-kuis-juga-dibekukan-1.54636 Sinar Harian Online - PTPTN: Pelajar Kuis juga dibekukan]</ref>
 
Berikutan timbulnya isu ini, [[Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia]] (Gamis) membantah dan mengecam tindakan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tersebut kerana perbuatan menyekat menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab [[Kerajaan Malaysia]] dan bercanggah dengan moto “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.<ref>[http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/ptptn-unisel-gamis-gesa-batal-segera-sekatan-1.54665 Sinar Harian Online - PTPTN-Unisel: Gamis gesa batal segera sekatan]</ref> Ketidaksetujuan dalam isu pembekuan PTPTN juga turut disuarakan oleh Ahli Parlimen Rembau [[Khairy Jamaluddin]] yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Ketua Pemuda Umno menegaskan, para penuntut tidak seharusnya menjadi mangsa dalam perbalahan antara PTPTN dan Kerajaan Selangor. Menurut Khairy, "Walaupun terbukti Kerajaan Selangor gagal untuk memberikan pendidikan percuma kepada negeri yang ditadbir oleh mereka, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana keutamaan harus diberi kepada pelajar. Mereka ini (Pelajar) datang daripada pelbagai kelompok, bukan semua berkemampuan untuk membayar yuran pengajian. Oleh itu PTPTN harus mengambil kira perkara tersebut sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pembekuan itu."<ref>[http://www.sinarharian.com.my/nasional/khairy-ptptn-tak-wajar-sekat-pelajar-unisel-1.54596 Sinar Harian Online - Khairy: PTPTN tak wajar sekat pelajar Unisel]</ref>
 
Sebagai reaksi dari tindakan pembekuan tersebut, suatu pendekatan drastik jangka pendek telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pimpinan [[Pakatan Rakyat]], [[Menteri Besar Selangor]], Tan Sri Abdul [[Khalid Ibrahim]] bersetuju untuk membantu pelajar-pelajar baru UNISEL yang dalam kesukaran meneruskan pengajian. Aset hartanah UNISEL seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang-hutang TALAM akan diapungkan untuk mendapatkan wang tunai. Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini.
 
Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN.
 
Khalid juga menegaskan bantuan kewangan ini hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai. UNISEL akan memperincikan bantuan yang akan diberikan kepada pelajar -pelajar teraniayai ini dalam tempoh terdekat.<ref>[http://www.selangorku.com/?p=9188 MediaSelangorku - UNISEL akan cairkan aset untuk bantu pelajar]</ref>
 
Walaubagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, PTPTN telah mendapat arahan berupaya surat dari Pejabat Menteri Pengajian Tinggi Malaysia untuk meneruskan pemberian pinjaman pendidikan kepada pelajar-pelajar UNISEL dan KUIS, ini sekaligus membatalkan pendirian sebelum ini Kerajaan Malaysia untuk membekukan pemberian pinjaman pendidikan kepada pelajar-pelajar UNISEL dan KUIS.<ref>[http://www.malaysiakini.com/news/200277 MalaysiaKini - PTPTN tarik balik pembekuan pinjaman siswa Unisel, KUIS]</ref>
 
==Rujukan==
10,341

suntingan