Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Smim90 (bincang | sumb.)
Baris 39:
 
Berikutan timbulnya isu ini, [[Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia]] (Gamis) membantah dan mengecam tindakan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tersebut kerana perbuatan menyekat menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab [[Kerajaan Malaysia]] dan bercanggah dengan moto “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.<ref>[http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/ptptn-unisel-gamis-gesa-batal-segera-sekatan-1.54665 Sinar Harian Online - PTPTN-Unisel: Gamis gesa batal segera sekatan]</ref> Ketidaksetujuan dalam isu pembekuan PTPTN juga turut disuarakan oleh Ahli Parlimen Rembau [[Khairy Jamaluddin]] yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Ketua Pemuda Umno menegaskan, para penuntut tidak seharusnya menjadi mangsa dalam perbalahan antara PTPTN dan Kerajaan Selangor. Menurut Khairy, "Walaupun terbukti Kerajaan Selangor gagal untuk memberikan pendidikan percuma kepada negeri yang ditadbir oleh mereka, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana keutamaan harus diberi kepada pelajar. Mereka ini (Pelajar) datang daripada pelbagai kelompok, bukan semua berkemampuan untuk membayar yuran pengajian. Oleh itu PTPTN harus mengambil kira perkara tersebut sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pembekuan itu."<ref>[http://www.sinarharian.com.my/nasional/khairy-ptptn-tak-wajar-sekat-pelajar-unisel-1.54596 Sinar Harian Online - Khairy: PTPTN tak wajar sekat pelajar Unisel]</ref>
 
Penasihat [[DAP]], [[Lim Kit Siang]] pula menyifatkan tindakan Tan Sri Muhyiddin dan Khaled Nordin yang membeku dan menarik balik ketetapan sebagai suatu kerenah seakan-akan seperti "wang atuknya" yang boleh digunakan ikut suka.<ref>[http://en.harakahdaily.net/index.php/headline/5110-muhyiddin-and-khaled-treating-ptptn-funds-like-their-grandfathers-lim.html HarakahDaily.net/en - Muhyiddin and Khaled treating PTPTN funds like their grandfather's - Lim]</ref>
 
Sebagai reaksi dari tindakan pembekuan tersebut, suatu pendekatan drastik jangka pendek telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pimpinan [[Pakatan Rakyat]], [[Menteri Besar Selangor]], Tan Sri Abdul [[Khalid Ibrahim]] bersetuju untuk membantu pelajar-pelajar baru UNISEL yang dalam kesukaran meneruskan pengajian. Aset hartanah UNISEL seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang-hutang TALAM akan diapungkan untuk mendapatkan wang tunai. Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini.<ref>[http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/49832-sgor-comes-to-rescue-of-unisel-students MalaysiaToday Online News - S’gor comes to rescue of Unisel students]</ref>
Baris 46 ⟶ 48:
Khalid juga menegaskan bantuan kewangan ini hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai. UNISEL akan memperincikan bantuan yang akan diberikan kepada pelajar -pelajar teraniayai ini dalam tempoh terdekat.<ref>[http://www.selangorku.com/?p=9188 MediaSelangorku - UNISEL akan cairkan aset untuk bantu pelajar]</ref>
 
Walaubagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, PTPTN telah mendapat arahan berupa surat dari Pejabat Menteri Pengajian Tinggi Malaysia untuk meneruskan pemberian pinjaman pendidikan kepada pelajar-pelajar UNISEL dan KUIS, ini sekaligus membatalkan pendirian sebelum ini Kerajaan Malaysia untuk membekukan pemberian pinjaman pendidikan kepada pelajar-pelajar UNISEL dan KUIS.<ref>[http://www.malaysiakini.com/news/200277 MalaysiaKini - PTPTN tarik balik pembekuan pinjaman siswa Unisel, KUIS]</ref><ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0609&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm UtusanOnline - PTPTN tarik balik pembekuan pinjaman]</ref>
 
==Rujukan==