Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 31:
===Isu pembekuan pembiayaan pendidikan kepada pelajar UNISEL===
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, menerusi agensinya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), telah menyekat dan membekukan pembiayaan pendidikan (berupa dana kewangan) kepada pelajar [[Universiti Selangor]] (UNISEL). Pengakuan pembekuan ini turut diakui kebenarannya oleh Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said yang dihubungi Sinar Harian Online pada 7 Jun 2012.<ref>[http://www.sinarharian.com.my/nasional/ptptn-pelajar-kuis-juga-dibekukan-1.54636 Sinar Harian Online - PTPTN: Pelajar Kuis juga dibekukan]</ref>
 
Ini merupakan turutan dari saranan KETUA pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyeru kepada golongan peminjam supaya tidak membuat bayaran kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam satu ceramah di kawasan parlimennya, menurut laporan [[akhbar Sin Chew Daily]].<ref>[http://sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=12975:anwar-kata-tidak-perlu-bayar-hutang-ptptn&catid=46:pendidikan&Itemid=61 ANWAR KATA TIDAK PERLU BAYAR HUTANG PTPTN.]</ref>
 
 
Menurut Pengarah Strategi [[PKR]], [[Rafizi Ramli]] meminta [[Menteri Pengajian Tinggi Malaysia]], Datuk Seri [[Mohamed Khaled Nordin]] memberi kenyataan sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar UNISEL adalah merupakan arahan dari beliau. Menurut Rafizi, Laman [[Twitter]] Datuk Seri Khaled Nordin telah mengggambarkan pendirian menteri tersebut. Khaled Nordin memberitahu dalam laman Twitternya: "UNISEL boleh hapuskan yuran, dengan sendirinya memenuhi matlamat pendidikan percuma dan penutupan PTPTN yang dilaungkan Anuar (Naib Canselor UNISEL) dan Pakatan". dalam pada itu Rafizi juga turut menyoal samada rasional pembekuan ini adalah sebahagian dari mainan politik dendam Umno-Barisan Nasional (BN). Jika benar, Rafizi meminta Khaled untuk meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.<ref>[http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/06/khaled-nordin-arah-ptptn-sekat-pinjaman-unisel/ FMT News - Khaled Nordin arah PTPTN sekat pinjaman Unisel?]</ref>