Sungai Linggi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Amir Hamzah 2008 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Fidaiyyin (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Sungai Linggi''' merupakan antara sungai utama yang berada dalam [[Negeri Sembilan]]. Ia bermula dari kaki Banjaran Titiwangsa dalamyang berpunca dari kawasan Kampung Jerlang, Pantai dan mengalir melalui kawasan lembangan sekitar [[Daerah Seremban]] dan berakhir di [[Kuala Linggi]], [[Melaka]].
 
Menurut sumber lisan, dahulu-kala Sungai Linggi boleh dimudik sejauh ke [[Pantai]]. Kapal-kapal kecil boleh belayar jauh ke pedalaman lembah Sungai Linggi.
Baris 8:
 
Sungai Linggi juga menjadi kawasan dan sempadan pengaruh politik antara Datuk Syahbandar Sungai Ujong dan Datuk Kelana Sungai Ujong. Datuk syahbandar Sungai Ujong mengawal dan berpengaruh bermula dari Linggi, Pengkalan Kempas, Rantau,Mambau, Rahang, Bukit Kepayang dan Labu. Manakala Datuk Kelana Sungai Ujong berpengaruh dari Lenggeng, Mantin, Ampangan, Paroi dan Sungai Gadut.
 
Panjang sungai ini anggaran 83.5 kilometer bermula dari kawasan berbukit di Kampung Jerlang, Pantai hingga ke Kuala Linggi, Melaka.
 
Sungai Linggi turut menjadi sumber air bersih bagi Daerah Seremban. Terdapat beberapa sungai utama yang menyumbang aliran air ke Sungai Linggi iaitu Sungai Jerlang, Sungai Paroi, Sungai Temiang Diversion, Sungai Temiang, Sungai Kepayang, Sungai Mantau, Sungai Kayu Ara, Sungai Belangkan, Sungai Simen dan Sungai Rembau.
 
Aliran sungai ini dari kuala hingga ke pertemuan dengan kuala Sungai Temiang Diversion, ia dikenali dengan nama Sungai Linggi manakala aliran bermula dari titik pertemuan dengan kuala Temiang Devirsion hingga ke pedalaman punca sungai di Kampung Jerlang, ia dikenali dengan nama Batang Penar.
 
Sungai Linggi juga merupakan sempadan semulajadi antara Negeri Sembilan dan Melaka.
 
[[Kategori:Sungai di Negeri Sembilan|Linggi]]