Perbezaan antara semakan "Makanan Eropah"

1,542 bait ditambah ,  8 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
[[Image:Pastasorten3.JPG|thumb|[[Pasta]] [[Itali]]]]
'''Makanan Eropah''', atau kadang-kala '''Makanan Barat''', merupakan istilah am yang merujuk kepada [[makanan]] Eropah dan dunia Barat yang lain.<ref name="europeword">[http://www.europeword.com/blog/europe/european-cuisine/ "European Cuisine."] [http://www.europeword.com Europeword.com]. Accessed July 2011.</ref> Makanan Eropah atau Barat termasuklah [[Eropah]] yang merangkumi (bergantung kepada takrifan) [[Russia]],<ref name="europeword"/> begitu juga makanan asli [[Amerika Utara]], [[Australasia]], [[Oceania]], dan [[Amerika Latin]], yang terbit dari pengaruh besar oleh penjajah atau peneroka Eropah ke kawasan itu. Istilah ini digunakan oleh masyarakat [[Asia Timur]] untuk membezakan gaya memasak Asia.<ref name="Leung">Leung Man-tao (12 February 2007), "Eating and Cultural Stereotypes", ''Eat and Travel Weekly'', no. 312, p. 76. Hong Kong<!--: PUBLISHER HERE--></ref> (Ini adalah perbandingan kepada masyarakat Barat yang memanggil makanan dari Asia Timur sebagai [[makanan Asia]].) Apabila digunakan oleh orang Barat, istilah itu kadag kala dirujuk sebagai '''makanan [[Eropah|kontinental]]''' atau lebih terperinci mengikut tempat makanan itu, seperti [[Makanan Perancis]].
 
[[Image:Rump steak.jpg|thumb|left|[[Stik]] panggang]]
[[Image:Pommes-1.jpg|thumb|Kentang goreng]]
Makanan negara Barat itu sendiri adalah pelbagai, walaupun terdapat beberapa ciri serupa yang membezakan antara masakan Barat dan makanan Asia<ref name="Kwan 1988">Kwan Shuk-yan (1988). ''Selected Occidental Cookeries and Delicacies'', p. 23. Hong Kong: Food Paradise Pub. Co.</ref> dan lain-lain lagi. Jika dibandingkan dengan masakan tradisi negara-negara Asia, contohnya, dagingnya lebih terserlah dan saiz hidangan juga penting.<ref name="Lin 1977">Lin Ch'ing (1977). ''First Steps to European Cooking'', p. 5. Hong Kong: Wan Li Pub. Co.</ref> [[Stik]], terutamanya, adalah makanan yang lazim di Barat. Begitu juga dengan sesetengah makanan Asia, makanan Barat juga menekankan kegunaan sos sebagai bahan perasa dan pelengkap (keadaan bergantung kepada kesukaran bahan perasa menyerap ke dalam ketulan daging yang lebih besar dalam masakan Barat). Banyak hasil [[tenusu]] digunakan dalam proses masakan, kecuali makanan ciri baru.<ref>Kwan Shuk-yan, pg 26</ref> Roti berasaskan tepung [[gandum]] telah lama menjadi sumber [[kanji]] dalam masakan Barat, terutama untuk [[pasta]], [[ladu]] dan [[pastri]], walaupu [[kentang]] telah menjadi tumbuhan kanji utama dalam diet Eropah dan berkembang sejak pendudukan masyarakat Eropah di benua Amerika. [[Jagung]] pula tidak begitu lazim dalam diet Eropah berbanding [[Amerika]]; walau bagaimanapun, makanan berasaskan jagung, atau polenta, banyak digunakan dalam makanan [[Itali]] dan [[Balkan]].
 
==Rujukan==
47,712

suntingan