Perbincangan:Mentor (musim 6): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Master of Books (bincang | sumb.)
Membetulkan fakta tajuk lagu Puteri Caroline
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 05:36, 18 Jun 2012

Kesalahan maklumat berkaitan tajuk lagu baru Juara Mentor 6 - Puteri Caroline

Saya lihat terdapat masukan fakta/maklumat yang salah tentang tajuk lagu baru yang dinyanyikan oleh Juara Mentor 6, Puteri Caroline. Tajuk lagu yang tertera dalam artikel ini menyebut "Harus Cintaimu" sebagai lagu baru yang dicipta oleh Ajai untuk Puteri Caroline. Sebenarnya tajuk lagu baru itu ialah "Melawan Arus Cintamu" yang digubah oleh Ajai dan dinyanyikan oleh Puteri Caroline Mohd Kamel.

Untuk makluman, pengacara Mentor 6 iaitu Ally Iskandar didengar dengan jelas menyebut "Melawan Arus Cintamu". Namun begitu, terdapat beberapa akhbar yang salah lapor tentang tajuk lagu baru itu. Adakah kesalahan laporan yang dikeluarkan beberapa hari selepas "Mentor 6 Akhir" itu berpunca dari laman Wikipedia atau penulis artikel ini mendapat sumber dari akhbar yang salah lapor?

Jadi, dengan ini saya membetulkan kesilapan tajuk lagu baru itu dengan menggantikannya kepada tajuk lagu yang sebenar iaitu "Melawan Arus Cintamu".

Untuk bukti dan rujukan sila lawat Laman Facebook "Puteri Caroline (Mentor 6)" yang ada video yang memaparkan Ally Iskandar menyebut tajuk lagu "Melawan Arus Cintamu" dengan jelas.

Berikut ialah laman tersebut: http://www.facebook.com/putericaroline

  • Cuma berniat membetulkan/menegur fakta dan tiada niat menyinggung perasaan penulis artikel ini. Harap maaf jika tersinggung.

--MoBs (bincang) 05:36, 18 Jun 2012 (UTC)Balas

Kembali ke laman "Mentor (musim 6)".