Reput fros: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SyahirSQRT2 (bincang | sumb.)
Membuat halaman "Reput fros"
 
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 24:
 
== Fasa-fasa ==
Pada suhu 0°C (32°F), [[pembuluh darah]] yang berhampiran dengan kulit akan mula mengecut, dan darah akan dihalang daripada memasuki bahagian tangan dan kaki. ResponTindak balas yang sama akan berlaku apabila seseorang didedahkan kepada angin kencang. Pengecutan pembuluh darah ini dapat membantu mengekalkan suhu badan. Namun, di dalam cuaca sejuk melampau, atau apabila badan didedahkan kepada kesejukan yang melampau untuk jangka masa yang lama, strategi pertahanan ini akan mengurangkan pengaliran darah ke sesetengah bahagian badan ke tahap bahaya. Ketiadaan darah ini akhirnya akan membawa kepada pembekuan dan kematian tisu kulit pada bahagian yang tercedera.
 
Terdapat empat fasa reput fros, setiap satu mempunyai tahap kesakitan yang berbeza.<ref>Frostbite, eMedicineHealth.com, http://www.emedicinehealth.com/frostbite/article_em.htm, retrieved 4/3/10</ref>
 
=== DarjahTahap pertama ===
Ia digelar ''frost nip'' dan hanya melibatkan bahagian permukaan kulit yang beku. Pada mulanya, kulit akan berasa gatal dan sakit. Kemudian, kulit akan mula membentuk tompok-tompok merah, putih dan kuning, lalu menjadi kebas. Bahagian badan yang terkena ''frost nip'' biasanya tidak akan rosak secara kekal, kerana kecederaan hanya berlaku di permukaan kulit. Namun, ketidaksensetifan kepada panas dan sejuk secara kekal kadangkala berlaku kepada mereka yang terkena ''frost nip''.
 
=== DarjahTahap kedua ===
Jika pembekuan berterusan, kulit boleh membeku dan mengeras. Tetapi, tisu-tisu dalaman tidak akan terjejas. Kecederaan darjah kedua biasanya akan melepuh 1-2 hari selepas membeku. Lepuh akan menjadi keras dan menghitam, dan biasanya kelihatan lebih parah daripada yang sebenarnya. Kebanyakan kecederaan ini akan pulih dalam masa sebulan, namun kawasan yang terjejas mungkin tidak dapat merasa panas atau sejuk secara kekal.