Sarutobi Asuma: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Virtual ailee (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Virtual ailee (bincang | sumb.)
Baris 2:
 
== Latar Belakang ==
[[Imej:asuma.jpg|thumb|200px|right|Sarutobi Asuma]]Asuma Sarutobi ialah ketua yang bersikap tenang bagi Pasukan 10 yang terdiri daripada [[Nara Shikamaru]], [[Akimichi Choji]] dan [[Yamanaka Ino]]. Dia selalu dilihat menghisap sepuntung rokok dan biasanya boleh menghabiskan dua bungkus rokok sehari. Tetapi, dia akan berhenti merokok sekiranya sesuatu berlaku atau terdapat masalah yang merunsingkannya. Dalam Bahagian Kedua, Asuma dibuktikan sebagai anak kepada [[Hokage Ketiga]], menjadikannya bapa saudara kepada [[Konohamaru]].
 
Asuma pernah menjadi salah seorang daripada 12 Pelindung Ninja Api yang melindungi ketua bagi Negara Api seperti yang tertulis pada selendang yang diikat di pinggangnya sebelum pulang berkhidmat sebagai Jonin di Konoha. Asuma pernah mengatakan bahawa wang ganjaran bagi mereka yang berjaya mendapatkan kepalanya berjumlah 35 juta ryō.
Baris 10:
Asuma menggunakan sejenis senjata yang boleh disarungkan pada jarinya. Semasa bertarung, Asuma menggunakan chakra supaya senjata tersebut boleh mencederakan pihak lawan dalam skala jarak yang lebih jauh. Dalam Bahagian Kedua, Asuma mampu menambahkan jarak tersebut sehingga beberapa kaki. Semasa mendemonstrasi chakranya yang berelemen angin kepada [[Uzumaki Naruto]], Asuma menerangkan bahawa bilah pisau yang diselubungi chakra (apabila digunakan oleh seseorang yang mempunyai afiniti terhadap elemen angin) mampu menembusi batu.
 
Sepanjang siri ini, terdapat beberapa ketika yang mencadangkan bahawa Asuma dan [[Yuhi Kurenai]] terlibat dalam hubungan romantis. Mereka berdua sentiasa bersama-sama. Apabila [[Hatake Kakashi]] mendapati mereka berdua di kedai manisan, Kakashi bertanya sama ada mereka berdua sedang bercinta. Asuma segera menukar topik perbualan mereka. Dalam suatu imbasan kembali, Asuma dijumpai membeli bunga untuk seseorang yang tidak dinamakan tetapi Ino kemudiannya meminta Asuma menyampaikan salam kepada Kurenai. Semasa pertarungan antara Asuma dengan [[Hidan]] berlangsung, Kurenai dipaparkan berada dalam kebimbangan. Apabila Kurenai dimaklumkan tentang berita kematian Asuma, Kurenai amat meratapi pemergiannya dan meninggalkan sekuntum bunga di pusaranya. Dalam Bahagian Kedua, Kurenai disahkan berbadan dua dan anak yang dikandungnya milik Asuma.
 
 
== Sumber-sumber ==