Sandakan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
EmausBot (bincang | sumb.)
k r2.6.4) (bot mengubah: ta:சண்டாக்கான்
Tiada ringkasan suntingan
Baris 42:
'''Sandakan''' merupakan salah sebuah bandar utama di [[Sabah]] dan merupakan bandar kedua terbesar di negeri tersebut. Kedudukan Sandakan di [[Teluk Sandakan]] menjadikannya sebuah pelabuhan yang baik. Sandakan berada di sebelah pantai timur pulau [[Borneo]] dan mempunyai penduduk berjumlah 479,121 orang (2009).
 
Dari segi sejarah, bandar ini pernah menjadi pusat pentadbiran dan ibu negeri [[Borneo Utara]] semaza zaman pemerintahan British. Kawasan ini juga pernah menjadi tapak pembinaan padang terbang (airfield) tentera Jepun semasa [[Perang Dunia Kedua]]. Antara kaum yang telah lama menetap di Bandar Sandakan adalah masyarakat Suluk, “Bajau Simunul”, Cina, Bisaya, Orang Sungei dan beberapa suku kaum yang lain.
 
Dari segi pelancongan, Sandakan terkenal sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi ekopelancongan di Sabah; contohnya [[Sungai Kinabatangan]], [[Gua Gomantong]], [[Taman Pemuliharaan Orang Utan Sepilok]] dan [[Taman Pulau Penyu]]. [[Lapangan Terbang Sandakan]] merupakan lapangan terbang yang menjadi pintu masuk utama para pelancong dari seluruh Malaysia dan luar negara ke bandar ini.