Gubra (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Master2841 (bincang | sumb.)
k Suntingan 202.184.41.200 dikembalikan ke versi terakhir oleh Master2841
Baris 32:
 
==Kritikan==
'''Filem Gubra''' merupakan sebuah filem yang mendewa-dewakan budaya Barat tetapi ditonjolkan dalam konteks Melayu. Ia menonjolkan mereka yang berbudayakan barat tetapi berpakaian [[baju kurung]] dan [[baju Melayu]]. Filem ini mengeksploitasikan [[nilai kejutan]] atau "shock value" bagi temanya, dengan meletakkan perkara yang bercanggah, contohnya orang [[Islam]], tetapi melacur. Perkara di bawah mungkin tidak mengejutkan sekiranya pelakonnya orang Barat, dan Pak Iman ditukar menjadi [[paderi]], tetapi dengan mengalihkan dua budaya yang bertentangan, konsep ''nilai kejutan'' ini memberi kesan yang sangat kontras yang menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati oleh para penonton.
 
Ini dilihat dalam beberapa babak seperti:-
# Sekelompok wanita Islam menjadi [[pelacur]] dengan alasan mencari rezeki, walhal banyak kerja lain seperti penoreh getah, pemungut sampah atau menjual goreng pisang yang boleh mereka pilih.
# Ditonjolkan juga 'Pak Bilal dan isterinya' seolah-olah merestui pencarian rezeki dengan tidak cuba menasihati pelacur tersebut, seolah-olah pelacuran merupakan kerja yang dibolehkan. Ini tidak ubah seperti paderi di negara Barat. Ini juga membelakangi ajaran [[Al-Quran]] yang menganjur kita mengajak kearah kebaikan, dan melarang kepada kemungkaran.
# Dalam cerita tersebut 'wanita Islam' hanya perlu memakai tudung atas kehendak diri sendiri, seolah-olah bertudung itu bukan perkara yang wajib. Ia seolah-olah seperti menyatakan seseorang itu boleh memilih apa yang hendak diterima dan apa yang hendak dibuang dalam agama.
# Ditonjolkan wanita Islam yang bersuami boleh keluar dengan lelaki bukan muhrim dan suami wanita Islam tersebut seperti tidak ambil kisah. Dalam budaya Melayu, perkara tersebut dianggap dayus.
 
==Pautan luar==