Gunung Ledang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Smim90 (bincang | sumb.)
→‎Asal-usul nama: tamabahi maklumat berguna
Baris 24:
 
==Asal-usul nama==
Terdapat beberapa pendapat yang popular berhubung dengan asal-usul nama gunung ini. Menurut satu pendapat, sejarah purbakala menunjukkan bahawa Gunung Ledang adalah tempat yang mengandungi begitu banyak simpanan emas, menarik pedagang sehingga sejauh [[Greece]] dan [[China]]. Nama `''Ophir''' itu sendiri dikatakan berasal dari bahasa Ibrani. Dalam kurun ke-14, pelayar Cina yang berulang-alik di [[Selat Melaka]] memanggil gunung tersebut sebagai ‘Kim Sua’ yang bermaksud 'Gunung Emas' (''Golden Mountain''). barangkali dari perkataan [[Hokkien]] atau [[Taiwan]]: ''kim'', atau dalam karakter 金 bermaksud emas dan ''sua'', atau karakter 山 bermaksud gunung. Satu sumber lain mengatakan bahawa [[orang Jawa]] ketika pemerintahan empayar [[Majapahit]] telah menamakan gunung tersebut sebagai ‘Gunong Ledang’, yang membawa maksud 'gunung dari jauh' atau 'gunung paling jauh'.
 
Selain itu, nama [[Ophir]] itu sendiri dipercayai berasal dari bahasa-bahasa ini:
* [[Bahasa Ibrani]], dari perkataan אוֹפִיר tukar ejaan: 'Owphiyr, atau disebut ō·fēr, suatu nama persendirian Ibrani.
* [[Bahasa Yunani]], dari perkataan όφις tukar ejaan: 'Ofis, bermaksud "ular", barangkali merujuk kepada larangan masyarakat tempatan untuk berjalan atau mendirikan perkhemahan diatas sesuatu tapak yang dilindungi yang dikatakan dijaga oleh sekumpulan ular berbisa yang bergerak-gerak.
* [[Bahasa Yunani]], dari perkataan ''auferre'', bermaksud 'untuk dilucutkan', barangkali juga berkaitan dengan pantang larang.
 
==Cara mendaki==