Perbezaan antara semakan "Tunku Abdul Malik ibni Sultan Badlishah"

Tunku Abdul Malik telah diputerakan pada 24 September 1929 di Istana Anak Bukit, [[Anak Bukit]], sebagai putera kedua kepada [[Sultan_Badlishah_ibni_Sultan_Abdul_Hamid|Tunku Badlishah]] dan Tunku Sofiah Tunku Mahmud yang masih hidup pada peringkat awal. Tunku Badlishah adalah merupakan putera ke-7 kepada [[Sultan_Abdul_Hamid_Halim_Shah|Sultan Abdul Hamid Halim]] (juga merupakan ayahanda kepada [[Tunku Abdul Rahman]], [[Perdana_Menteri_Malaysia|Perdana Menteri Malaysia]]) pertama. Ayahanda baginda telah dimahkota sebagai Raja Muda Kedah pada tahun 1935 dan menjadi Sultan pada tahun 1943.<ref name="kedah">{{cite web |title=Kedah 11 |url=http://www.royalark.net/Malaysia/kedah11.htm |work=Royal Ark |accessdate=2011-06-07}}</ref>
 
Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah MelayuDato TitiSyed GajahAhmad dan [[Kolej Sultan Abdul Hamid]], dan seterusnya melanjutkan pelajaran di [[Kolej Wadham, Oxford]].<ref name="kedah"/>
 
Kekanda sulungnya, [[Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah|Tunku Abdul Halim]] telah menaiki takhta kerajaan Melayu negeri Kedah, Malaysia pada tahun 1958 berikutan kematian ayahandanya. Disebabkan Sultan Abdul Halim tidak mempunyai anak lelaki, Tunku Abdul Malik telah diangkat menjadi pemangku Sultan Kedah sejak 1981, dengan membawa gelaran Raja Muda Kedah.<ref name="kedah"/>
Pengguna awanama