Ingatan baca sahaja: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{Jenis ingatan}}
'''Ingatan baca sahaja''' atau ''Read Only Memory'' (ROM) merupakan sejenis [[ingatan komputer]] yang hanya bersifat baca sahaja (''read-only''). Ini bermaksud kandungannya tidak boleh diubah (dengan senang). Oleh itu ROM biasanya digunakan dalam pengedaran [[perisian tegar]] (''firmware'').
 
Secara umumnya, ingatan baca sahaja atau ROM adalah jenis ingatan yang tidak meruap, bermaksud kandungan data yang disimpan di dalam ROM dapat dikekalkan apabila bekalan kuasa dimatikan, berbeza dengan kandungan data di dalam RAM yang akan hilang apabila bekalan kuasa dimatikan.
 
== Jenis-jenis ROM ==
* '''Ingatan baca sahaja (ROM)''' - boleh mengekalkan kandungan data di dalamnya apabila bekalan elektrik diputuskan, tetapi tidak boleh dipadam atau ditulis semula. Data dimasukkan ke dalam cip ROM semasa proses pengeluaran.
* '''Ingatan baca sahaja boleh diaturcara semula (PROM)''' - jenis ROM yang boleh diaturcara semula tetapi tidak boleh memadam kandungan data asal di dalamnya.
* '''Ingatan baca sahaja boleh diaturcara semula dan dipadam (EPROM)''' - jenis PROM yang boleh dipadam semula kandungan data di dalamnya dan seterusnya ditulis semula. Data dipadam dengan menggunakan cahaya [[ultraungu]].
* '''Ingatan baca sahaja boleh diaturcara dan dipadam secara elektrik (EEPROM)''' - jenis EPROM yang boleh memadam kandungan data di dalamnya dengan aliran arus elektrik tertentu. Data ditulis dan dipadam secara bait demi bait dan berkelajuan rendah.
* '''[[Ingatan kilat]] ''(flash memory)''''' - jenis ROM yang boleh dipadam dan ditulis semula dengan pantas kerana ingatan di dalamnya dibahagikan kepada beberapa blok ingatan. Ingatan kilat kini digunakan secara meluas sebagai [[kad memori]] dan juga di dalam [[pemacu kilat USB]].
 
{{stub}}