Perhimpunan Bersih 2012: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 100:
===Reaksi peserta===
Segelintir para peserta dan para penyokong cuba menyerang pihak polis yang sedang menjalankan tanggungjawab mereka ketika perhimpunan Bersih berlangsung. Ini telah menimbulkan kekecohan dan menyebabkan pihak polis terpaksa bertindak balas demi menjaga keamanan kawasan sekitar.<ref name="bersih">[http://www.sinarharian.com.my/nasional/bersih-3-0-berakhir-dengan-hodoh-1.43827 Bersih 3.0 berakhir dengan 'hodoh']. Sinar Harian. Capaian 21 Mei 2012.</ref> Para peserta juga cuba mencerobohi Dataran Merdeka walaupun telah diberi amaran keras oleh pihak polis supaya berundur atau akan dikenakan tindakan.<ref name="bersih"/>
 
=== Tindak balas polis ===
Menurut laporan awal [[Majlis Peguam Malaysia]], kekejaman polis berleluasa, dengan contoh-contoh penindasan orang awam secara ganas dan juga menggunaan gas pemedih mata dan meriam air secara menyeleweng.<ref>[http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/police-brutality-more-widespread-during-bersih-3.0-says-bar-council/ Police brutality more widespread during Bersih 3.0, says Bar Council] The Malaysian Insider</ref>
 
Majlis Peguam turut mendakwa bahawa:<ref>[http://www.malaysianbar.org.my/index.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=3690&Itemid=332 Interim Report of the Malaysian Bar on BERSIH 3.0 held on 28 April 2012] The Malaysian Bar. 2 May 2012.</ref>
# Perhimpunan itu aman hingga sekitar 3 petang, apabila polis memancurkan air meriam dan gas pemedih mata ke arah orang ramai;
# Kekerasan polis tanpa sebarang provokasi atau sebab yang nyata adalah jauh lebih teruk, sembarangan, tidak seimbang dan berlebihan;
# Kekejaman polis lebih berleluasa;
# Terdapat usaha bersepadu oleh polis untuk mencegah dan menghalang sebarang rakaman tindakan dan kelakuan mereka;
# Polis melepaskan gas pemedih mata terus ke arah orang ramai, dan corak tembakannya adalah untuk mengelilingi para peserta, bukan untuk menyuraikan mereka dengan cepat
# Selepas itu, segelintir peserta perhimpunan menunjukkan kelakuan bertindak balas terhadap salah guna kuasa polis;
# Polis diperhatikan mencemuh dan mengejek orang ramai;
# Apabila segelintir peserta melemparkan barang-barang ke arah polis, polis membongkok untuk membaling balas; dan
# Bukan semua kakitangan polis memakai dan memperlihatkan nombor pengenalan polis pada pakaian seragam mereka.
 
Tambah Majlis Peguam lagi, pihak berkuasa telah mengabaikan peruntukan yang termaktub dalam Prinsip Asas Penggunaan Kekerasan dan Senjata Api oleh Pegawai Penguatkuasaan Undang-Undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNBPUFF), Tatakelakuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pegawai Penguatkuasaan Undang-Undang (UNCC), dan garis panduan Amnesty International.<ref>[http://www.themalaysianinsider.com/print/malaysia/police-brutality-more-widespread-during-bersih-3.0-says-bar-council/ Police brutality more widespread during Bersih 3.0, says Bar Council]The Malaysian Insider</ref>
 
===Keganasan dan penangkapan wartawan===