Nisfu Syaaban: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 39.208.56.44 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Smim90
Baris 38:
 
Terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi dari Aisyah r.a. yang menjelaskan perginya Rasulullah {{saw}} ke Baqi' dan turunnya Tuhan pada Nisfu Syaaban ke langit dunia, mengampunkan dosa-dosa manusia sekalipun lebih banyak dari bulu kambing biri-biri Bani Kalb. Namun dikatakan sanad hadis Aisyah ini lemah dan terputus.<ref>Syeikh Abdul Rahman As Sa'dy, Sheikh Abdul Aziz bin Baaz, Sheikh Muhammad Saleh Al-Utsaimin, Sheikh Abdullah bin Abdul Rahman Al-Jabrin. 2006/1427H. Hukum Peringatan Malam Nishfu Syaaban, ''Benteng Tauhid'' (diterjemah kedalam bahasa Indonesia), p.138-139. Riyadh, Daar Al-Qasim Publication.</ref>
 
===Doa dikabulkan===
Abu Sa'id al Khudri masuk ke dalam rumah Aisyah. Maka Aisyah berkata, "Wahai Abu Sa'id! Ceritakanlah kepada saya suatu hadis yang pernah kamu dengar daripada Rasulullah {{saw}}, maka saya akan menceritakan kepadamu pula apa yang pernah saya lihat dilakukan oleh Baginda {{saw}}."
 
Berkata Abu Sa'id r.a, "Apabila Rasulullah {{saw}} keluar solat Subuh, Baginda {{saw}} akan membaca: "Ya Allah! Penuhilah pendengaranku dengan cahaya, pandanganku dengan cahaya, hadapanku dengan cahaya, belakangku dengan cahaya, kananku dengan cahaya, kiriku dengan cahaya, atasku dengan cahaya, bawahku dengan cahaya dan tambahkanlah cahaya Islam dan hidayah dengan rahmat-Mu terhadapku."
 
Dalam riwayat lain Rasulullah {{saw}} berkata kepada Aisyah: "Wahai Aisyah! Apakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya akan menzalimimu?" Aisyah berkata, "Saya berkata, "Bukan begitu, wahai Rasulullah!" Sabda Baginda: "Telah datang kepada saya Jibril a.s. dan berkata, "Wahai Muhammad! Malam ini ialah malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini, Allah SWT membebaskan manusia dari api neraka sebanyak bilangan bulu kambing Bani Kilab. Pada malam ini, Allah tidak memandang kepada orang musyrik, tidak juga kepada orang yang bermusuhan, orang yang putuskan silaturrahim, orang yang melabuhkan kainnya melebihi buku lali, orang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang berterusan minum arak."
 
Apabila Subuh, saya menyebut kepada Baginda {{saw}} kalimah yang dibacanya, maka Baginda bersabda, "Wahai Aisyah! Adakah kamu telah mengetahuinya?" Saya berkata, "Ya." Baginda bersabda, "Pelajarilah dan ajarilah ia kerana Jibril a.s. telah mengajarnya kepada saya dan menyuruh saya mengulang-ulangnya di dalam sujud."
 
== Lihat juga ==