Reformasi Protestan: Perbezaan antara semakan

236 bait ditambah ,  10 tahun lalu
kembangkan
k (r2.7.1) (bot menambah: az:Reformasiya)
(kembangkan)
{{Kristian}}
'''Reformasi Protestan''' atau '''Zaman Pembaharuan Eropah''' adalah pergerakan pembaharuan di Eropah yang bermula pada tahun 1517, tetapi berakar umbi lebih awal daripada itu. Ia bermula dengan [[Martin Luther]] dan berkemungkinan ditamatkan dengan [[Perdamaian Westphalia]] pada tahun 1648.<ref name=Simon-120-121>{{cite book |author=Edith Simon |title=Zaman-zaman Agung Manusia: Pembaharuan |language=Inggeris |pages=pp. 120-121 |publisher=Time-Life Books |year=1966 |isbn=0662278208}}</ref> Pergerakan ini bemula dengan percubaan memperbaharui [[Gereja Katholik Rom]]. Kebanyakan penganut-penganut Katholik di barat berasa gusar dengan apa yang mereka pandang sebagai ajaran songsang dan penyelewengan di dalam institusi gereja itu sendiri, terutamanya melibatkan pengajaran dan penjualan ''indulgence'' atau pengampunan. Perbalahan utama seterusnya ialah amalan membeli dan menjual kedudukan gereja dan juga pengaruh rasuah di dalam hierarki gereja yang menular hingga ke jawatan [[Paus]].
 
Denominasi Kristian yang paling penting yang mucul hasil daripada gerakan pembaharuan ini ialan [[Lutheran]], [[Presbyterian]] dan [[Anabaptis]]. Reformasi Protestan ini turut dikenali dengan nama Reformasi Jerman, Revolusi Protestan, Pemberontakan Protestan dan di Jerman sendiri sebagai Reformasi Luther. Proses pembaharuan walau bagaimanapun mempunya sebaba-sebab dan kesan-kesan yang berbeza di [[England]], yang menyaksikan kemunculan [[Mazhab Gereja England|Gereja England]]. Di sana zaman tersebut dikenali sebagai [[Reformasi Inggeris]]. Denominasi Protestan selepas itu, secara amnya berasal daripada gerakan pembaharuan awal ini. Golongan pembaharuan ini turut mempercepat Reformasi-Lawan atau Reformasi Katholik di dalam [[Gereja Katholik]].
 
== Rujukan ==
[[Kategori:Kristian]]
{{reflist}}
 
[[Kategori:Reformasi Protestan| ]]
[[Kategori:Anti-Katolikisme]]
[[Kategori:Kontroversi berkait Kristian]]
[[Kategori:Perpecahan dalam agama Kristian]]
[[Kategori:Sejarah Kristian]]
[[Kategori:Sejarah Protestantisme]]
 
{{Link FA|fi}}
65,440

suntingan