Seekor Anjing Andalusia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Yekshemesh (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 15:
Kemudiannya, pemudi menyusun pakaian yang dipakai pemuda tadi di atas katilnya. Sambil dia merenung tajam dan memberi tumpuan kepada pakaian yang disusun tadi, sang pemuda tiba-tiba muncul di hadapan pintunya. Kedua-dua mereka melihat telapak tangan sang pemuda yang berlubang; kelihatan semut merayap-rayap keluar dari lubang tersebut. Lubang ini perlahan-lahan secara berturutan bertukar menjadi bulu ketiak seorang wanita, seekor landak laut, dan kepala seorang figura yang [[androgini|kurang jelas jantinanya]].
 
Wanita muda seakan-akan lelaki itu berada di jalan raya di kaki bangunan apartmen. Dia menguis-nguis satu tangan manusia yang terputus menggunakan tongkat. Dua orang polis mengawal orang ramai yang mengerumuninya. Salah seorang anggota polis itu mengutip tangan tersebut lalu meletakkannya di dalam kotak yang dibawa oleh sang pemuda sebentar tadi, kemudian memberi kotak itu kepada wanita/lelaki androgini tersebut. Wanita/lelaki itu memeluk kotak itu dengan wajah tersenyum, seolah-olah terkenang sesuatu yang mengembirakannyamenggembirakannya. Para polis meminta orang ramai bersurai. Wanita/lelaki itu terus sahaja berdiri di tengah-tengah jalan raya yang sesak, sambil sang pemuda dan sang pemudi melihat sahaja gelagatnya dari tingkap apartmen. Akhirnya wanita/lelaki itu dilanggar kenderaan dan tidak sedarkan diri (tidak jelas samada dia mati atau hanya pengsan). Sang pemuda seperti teruja dan sadis melihat nasib yang menimpa wanita/lelaki muda itu.
 
Sang pemuda kemudian memandang sang pemudi dengan mata yang penuh rakus, lalu meramas [[buah dada]]nya dan membayangkan sang pemudi berbogel di bahagian dada dan punggung. Sambil sang pemuda berangan, sang pemudi menepis tangannya dan berlari-lari sekeliling bilik untuk cuba melepaskan diri. Si pemudi mengambil raket [[tenis]] untuk mempertahankan dirinya. Dalam satu lagi rangkaian yang tidak logik, si pemuda tiba-tiba menarik tali yang padanya terikat papan batu yang tertera [[Sepuluh Rukun]] [[Nabi Musa]], dua buah [[piano]] yang di atasnya terlantar dua ekor [[keldai]] mati yang sedang [[pereputan|mereput]], dan dua orang [[paderi]] yang kelihatan agak bingung (paderi di sebelah kanan dilakonkan oleh Dalí).