Senarai Genin Konoha: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Virtual ailee (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Virtual ailee (bincang | sumb.)
Baris 2:
[[Imej:Konohamaru.jpg|100px|right]]Konohamaru (dinamakan bersempena kampung halamannya, Konoha) ialah cucu kepada Hokage Ketiga dan anak saudara kepada Asuma Sarutobi. Sebagai cucu Yang Ketiga, Konohamaru sering dikenali melalui pertalian itu dan merasakan dirinya tidak berkemampuan. Walaupun baru sahaja memulakan pengajian di Akademi Ninja, Konohamaru selalu menyerang hendap datuknya agar boleh diakui sehebat Hokage. Gurunya, Ebisu cuba untuk menasihati Konohamaru agar menghentikan tindakannya tetapi cuma Naruto yang benar-benar berjaya menyedarkan Konohamaru bahawa tiada jalan pintas untuk menjadi seorang Hokage. Konohamaru biasanya dilihat bersama-sama dengan [[Senarai Genin Konoha#Udon|Udon]] dan [[Senarai Genin Konoha#Moegi|Moegi]]. Mereka bertiga memakai pelindung mata seperti Naruto dan suka menghendap Naruto tetapi tidak pernah berjaya.
Dua tahun setengah kemudian, mereka bertiga tamat pengajian dan menjadi Genin. Mereka membentuk satu pasukan di bawah tunjuk ajar [[Senarai Jonin KonhaKonoha#Ebisu|Ebisu]]. Konohamaru mengatakan bahawa dia akan menjadi Hokage Ketujuh dan Naruto mengambil gelaran Hokage Keenam.
Konohamaru melihat Naruto sebagai idola. Mereka berdua berkongsi beberapa ciri seperti kebolehan menggunakan jurus yang tidak senonoh, keazaman yang kuat dan semangat yang sentiasa membara. Konohamary juga mengakhiri ayat-ayatnya dengan 'kore' sebagaimana Naruto mengakhiri ayatnya dengan 'Dattebayo'.
 
 
=== Moegi ===