Boson Higgs: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
kembangkan
Aurora (bincang | sumb.)
kembangkan
Baris 24:
}}
'''Boson Higgs''' atau '''zarah Higgs''' ialah [[zarah asas]] yang dihipotesiskan wujud dalam [[Model Piawai]] [[fizik zarah]]. Ia dinamakan bersempena [[Peter Higgs]] yang, bersama lima lagi, mencadangkan [[mekanisme Higgs|mekanisme]] yang mengesyorkan zarah sedemikian pada 1964.<ref>{{Cite journal |author=[[Peter Higgs]] |year=1964 |title=Broken Symmetries and the Masses of Gauge Bosons |journal=[[Physical Review Letters]] |volume=13 |issue=16 |pages=508–509 |url=http://prl.aps.org/abstract/PRL/v13/i16/p508_1 |doi=10.1103/PhysRevLett.13.508 |bibcode=1964PhRvL..13..508H}}</ref><ref>{{Cite journal |last=Englert |first=François |authorlink=François Englert |last2=Brout |first2=Robert |authorlink2=Robert Brout |year=1964 |title=Broken Symmetry and the Mass of Gauge Vector Mesons |journal=[[Physical Review Letters]] |volume=13 |issue=9 |pages=321–23 |doi=10.1103/PhysRevLett.13.321 |bibcode=1964PhRvL..13..321E}}</ref><ref>{{Cite journal |last=Guralnik |first=Gerald |authorlink=Gerald Guralnik |last2=Hagen |first2=C. R. |authorlink2=C. R. Hagen |last3=Kibble |first3=T. W. B. |authorlink3=T. W. B. Kibble |year=1964 |title=Global Conservation Laws and Massless Particles |journal=[[Physical Review Letters]] |volume=13 |issue=20 |pages=585–587 |doi=10.1103/PhysRevLett.13.585 |bibcode=1964PhRvL..13..585G}}</ref>
Kewujudan boson Higgs dan [[medan Higgs]] yang berkait akan menjadi kaedah termudah yang menjelaskan mengapa sebahagian zarah asas lain memiliki [[jisim]]. Teori ini mengatakan yang suatu [[medan (fizik)|medan]] tak kelihatan memenuhi semua ruang; medan ini memiliki nilai bukan-sifar di serata tempat, malah dalam [[keadaan asas|keadaan tenaga terendah]], dan zarah asas lain kemudian mendapat jisim apabila berinteraksi dengannya. Boson Higgs—[[kuantum|ujaan terkecil mungkin]] medan ini—diramalkan wujud oleh teori sama, dan oleh sebab ini boleh dikesan, ia telah menjadi sasaran pencarian lama dalam fizik zarah. Salah satu tujuan utama [[Pelanggar Hadron Besar]] (LHC) di [[CERN]] di [[Geneva]], Switzerland—[[pemecut zarah]] paling berkuasa dan salah satu [[senarai projek mega#Projek sains|alat sains paling rumit]] pernah dibina—ialah untuk menguji kewujudan boson Higgs dan mengukur cirinya yang akan membolehkan ahli fizik mengesahkan batu asas teori moden ini.
 
Sehingga akhir 2011 beberapa uji kaji telah secara beransur-ansur dan tekal menyerlahkan jisim sekitar {{val|125|ul=GeV/c2}}. Pada 4 Julai 2012, pasukan uji kaji [[Compact Muon Solenoid|CMS]] dan [[eksperimen ATLAS|ATLAS]] di LHC secara bebas mengumumkan yang kedua-dua mereka mengesahkan secara rasmi penemuan boson yang belum diketahui dengan jisim antara 125–127 GeV/c<sup>2</sup>, yang sifatnya setakat ini "sejajar" dengan boson Higgs. Mereka bagaimanapun menambah nota waspada bahawa data dan analisis lanjut diperlukan sebelum secara positif mengenal pasti boson baharu ini benar-benar sejenis boson Higgs.
Setakat Januari 2009, ia belum ditemui lagi, dan dijangkakan ditemui di pelanggar hadron [[LHC]] di [[CERN]], Geneva, apabila ia mula berfungsi secara berkesannya lewat 2009.
 
== Lihat juga ==
{{Reflist|2}}