Kantata: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Kantata''' (dalam [[bahasa Itali]] bermaksud ''nyanyian'') atau dieja sebagai '''Cantata''' dalam [[bahasa Inggeris]], ialah satu [[genre]] [[muzik]] bercorak [[opera]] tanpa lakonan yang digabungkan dengan [[oratorio]] selalunya, diperkenalkan di [[Itali]] pada era [[Barok]] ([http://en.wikipedia.org/wiki/Baroque Baroque]). Ianya diketengahkan oleh pelbagai pergerakan muzik untuk corak nyanyian [[koir]], nyanyian [[solo]] dan kumpulan [[muzik]] tanpa [[penyanyi]].
 
Perkataan “kantata” tidak wujud sehingga abad ke-16 kerana semua [[muzik]] nyanyian ketika itu adalah berbentuk [[vokal]]. Tetapi apabila kebangkitan seni alat-alat [[muzik]] berkembang pada abad ke-17 , perkataan ini mula muncul sebagai suatu seni yang membolehkannya membentuk [[sonata]].
Sedang dalam pembinaan - [[Pengguna:Whjayg|Jay]] 09:51, 21 Februari 2007 (UTC)
 
Dari pertengahan abad ke-17 sehingga akhir abad ke-18, bentuk kegemaran [[muzik bilik]] [[Itali]] adalah kantata untuk satu atau dua suara [[solo]] sahaja yang ditemani dengan alat muzik harpsichord dan juga beberapa lagi alat – alat muzik solo. Kantata merangkumi babak pertama melodramatic pengenalan oratorikal atau babak resitatif drama, dibuat bersama dengan [[aria]] lama yang diulangi untuk beberapa masa. Contoh yang terbaik boleh didapati di dalam muzik gereja karya Giacomo Carissimi dan karya vokal solo english oleh komposer Henry Purcell seperti di dalam drama ''Mad Tom and Mad Bess''.
 
Dengan kebangkitan [[aria]] ''de capo'', kantata menjadi resitatif yang digabungkan di dalam kumpulan 2 atau 3 aria. Komposer [[George Frideric Handel]], menghimpunkan banyak gabungan penyanyi [[duet]] atau [[trio]] [[Itali]] untuk persembahan beliau adalah contoh untuk Kantata dalam muzik berskala besar. Motet latin beliau untuk [[aria]] ''Silete Venti'' dinyanyikan oleh seorang soprano menunjukkan contoh bentuk Kantata di dalam muzik gereja.
 
==Media==