Kantata: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
kantata
Baris 3:
Perkataan “kantata” tidak wujud sehingga abad ke-16 kerana semua [[muzik]] nyanyian ketika itu adalah berbentuk [[vokal]]. Tetapi apabila kebangkitan seni alat-alat [[muzik]] berkembang pada abad ke-17 , perkataan ini mula muncul sebagai suatu seni yang membolehkannya membentuk [[sonata]].
 
Dari pertengahan abad ke-17 sehingga akhir abad ke-18, bentuk kegemaran [[muzik bilik]] [[Itali]] adalah kantata untuk satu atau dua suara [[solo]] sahaja yang ditemani dengan alat muzik harpsichord dan juga beberapa lagi alat – alat muzik [[solo]]. Kantata merangkumi babak pertama melodramatik pengenalan oratorikal atau babak [[resitatif]] drama, dibuat bersama dengan [[aria]] lama yang diulangi untuk beberapa masa. Contoh yang terbaik boleh didapati di dalam muzik gereja karya Giacomo Carissimi dan karya vokal [[solo]] english oleh komposer Henry Purcell seperti di dalam drama ''Mad Tom and Mad Bess''.
 
Dengan kebangkitan [[aria]] ''de capo'', kantata menjadi [[resitatif]] yang digabungkan di dalam kumpulan 2 atau 3 aria. Komposer [[George Frideric Handel]], menghimpunkan banyak gabungan penyanyi [[duet]] atau [[trio]] [[Itali]] untuk persembahan beliau adalah contoh untuk Kantata dalam muzik berskala besar. Motet latin beliau untuk [[aria]] ''Silete Venti'' dinyanyikan oleh seorang soprano menunjukkan contoh bentuk Kantata di dalam muzik gereja.
 
Pengubahan muzik cantata, kebiasaan menggunakan teks suci mengandungi [[resitatif]], [[aria]] dan [[koir]]. Dari masa mula kewujudannya pada awal abad ke-17 di [[Itali]], dua jenis kantata iaitu ayat-ayat biasa dan ayat-ayat berunsur agama ditulis. Kantata yang paling awal biasanya hanyalah untuk nyanyian [[solo]] dengan mainan alat muzik yang minimal. Kantata kemudiannya berkembang menjadi watak-watak dalam drama dan sebagai sampingan kepada resitatif dan [[aria]], digabung bersama pembentukan [[opera]] yang kemudiannya menjadi [[opera]] tanpa pementasan drama. Di negara [[Jerman]], cantata Lutheran berkembang kepada motet [[koir]] dan selalunya di dalam bentuk [[koir]] yang besar. Satu persembahan [[chorale]] (hymn) kebiasaannya membentuk asas kepada keseluruhan cantata termasuk nyanyian [[duet]], resitatif dan [[koir]] berbilang suara. Kantata yang paling dihargai ditulis oleh [[Johann Sebastian Bach]], biasanya dimulakan oleh kumpulan [[koir]], diikuti oleh resitatif, nyanyian [[aria]] oleh penyanyi-penyanyi [[solo]] dan diakhiri oleh [[chorale]] berharmoni lengkap. Selepas 1750, seni kantata mula berkurangan. <Ref>http://www.answers.com/topic/cantata Dipetik dari Britannica.com</Ref>
 
Dengan kebangkitan [[aria]] ''de capo'', kantata menjadi resitatif yang digabungkan di dalam kumpulan 2 atau 3 aria. Komposer [[George Frideric Handel]], menghimpunkan banyak gabungan penyanyi [[duet]] atau [[trio]] [[Itali]] untuk persembahan beliau adalah contoh untuk Kantata dalam muzik berskala besar. Motet latin beliau untuk [[aria]] ''Silete Venti'' dinyanyikan oleh seorang soprano menunjukkan contoh bentuk Kantata di dalam muzik gereja.
 
==Media==
{{Listen|filename=Wo ist doch.ogg|title="Dialogus inter Christum et fidelem animam"|description=Kantata suci oleh [[Dieterich Buxtehude]].|format=[[Ogg]]}}
 
==Rujukan==
<div class="references-small"><references/></div>
 
==Lihat juga==