Perbezaan antara semakan "Tengku Ampuan Jema'ah binti Almarhum Raja Ahmad"

tiada ringkasan suntingan
k (maaf - tiada bermakna)
Pada tahun 1920, Seri Paduka Baginda Tengku Ampuan Jema'ah berkahwin dengan [[Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah|Seri Paduka Baginda Sultan Hisamuddin Alam Shah]] yang ketika itu menjadi pengiring Diraja kepada DYMM Sultan Alaiddin Sulaiman Shah. Dengan itu juga baginda menjadi pengiring khas kepada DYMM Tengku Ampuan Fatimah.
 
Pada tahun 1926, Seri Paduka Baginda Tengku Ampuan Jema’ah telah dikurniakan dengan seorang putera, [[Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah|DYMM Tengku Abdul Aziz Shah]], Sultan Selangor Ke-288.
 
Seri Paduka Baginda Tengku Ampuan Jema’ah rajin mencuba pelbagai kerja pertukangan tangan di istana dan mahir menyulam, mengait dan membuat sulaman tampal. Apabila Seri Paduka Baginda berpindah ke Klang, baginda mengumpul kaum wanita di kampung-kampung dan memulakan program latihan seni pertukangan tangan untuk mereka. Hasil pertukangan ini dihantar ke Hotel Raffles di Singapura di bawah jenama "Pertukangan Tangan Melayu Selangor" yang dibiayai oleh isteri Gabenor Singapura ketika itu. Kedai Pertukangan Tangan Melayu dibuka di Klang dan kemudiannya sebuah lagi cawangan dibuka di Kedai Robinson di Kuala Lumpur dengan bantuan pengurus kedai tersebut.
Pengguna awanama