Al-Andalus: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 86:
Universiti-universiti pertama yang mengeluarkan diploma ialah hospital-universiti [[Bimaristan]] alam Islam dalam Zaman Pertengahan. institusi-institusi ini mengurniakan diploma perubatan kepada penuntut-penuntut [[perubatan Islam]] yang layak menjadi pengamal [[Doktor Perubatan|perubatan]] dalam kurun ke-9. Sir [[John Bagot Glubb]] menulis:<ref>[[John Bagot Glubb]] ([[cf.]] [http://www.cyberistan.org/islamic/quote2.html Quotations on Islamic Civilization])</ref>
 
{{quote|"Sekolah-sekolah perubatan sangat aktif di Baghdad setibanya zaman [[Al-Ma'mun|Ma'mun]]. Hospital awam percuma pertama dibuka di Baghdad pada zaman pemerintahan [[Kekhalifahan|Khalifah]] [[Harun al-Rashid|Harun Al-Rashid]]. Dengan pembangunan sistem ini, para pakar perubatan dan pembedahan dilantik sebagai pensyarah kepada penuntut perubatan dan mengurniakan diploma kepada mereka yang dikira layak menjadi pengamal perubatan. Hospital pertama di Mesir dibuka pada tahun 872 CE dan selepas itu hospital-hospital awam dibuka di seluruh empayar Islam, dari [[Al-Andalus]] dan [[Maghreb]] hinggalah ke wilayah [[Parsi]]."}}
 
[[Universiti Al Karaouine]] di [[Fez]], Maghribi, yang ditubuhkan pada tahun 859 CE diiktiraf [[Buku Rekod Dunia Guinness]] sebagai universiti tertua di dunia.<ref>''The Guinness Book Of Records'', Published 1998, ISBN 0-553-57895-2, P.242 </ref> [[Universiti Al-Azhar]] yang ditubuhkan di Kaherah, Mesir pada abad ke-10, menawarkan beberapa ijazah akademik termasuklah [[ijazah pascasiswazah]], dan dianggap universiti penuh yang pertama.
 
Beberapa ciri tersendiri perpustakaan moden diperkenalkan di dalam dunia Islam. Perpustakaan bukan sahaja merupakan kumpulan manuskrip lama seperti pada zaman kuno, tetapi juga berfungsi sebagai perpustakaan awam dan pinjaman, pusat pendidikan dan penyebaran sains dan idea, tempat mesyuarat dan muzakarah, dan kadangkala sebagai rumah pertumpangan para sarjana atau murid. Konsep [[katalog perpustakaan]] juga diperkenalkan di dalam perpustakaan Islam Zaman Pertengahan, dan buku-buku disusun mengikut [[genre]] dan kategori tertentu.<ref>{{citation|last=Micheau|first=Francoise|contribution=The Scientific Institutions in the Medieval Near East|pages=988–991}} in {{Harv|Morelon|Rashed|1996|pp=985-1007}}</ref>
 
 
== Nota kaki ==