Tsunade Senju: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Master2841 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Virtual ailee (bincang | sumb.)
Baris 6:
== Latar Belakang ==
{{spoiler}}
[[Imej:Tsunade.jpg|200px|right|thumb|Tsunade, Hokage Kelima Konoha.]]Tsunade ialah bekas pelajar kepada [[Hokage Ketiga]]. Tsunade dan bekas rakan sepasukannya, [[Jiraiya (Naruto)|Jiraiya]] dan [[Orochimaru (Naruto)|Orochimaru]] dikenali sebagai 'Tiga Lagenda'. Gelaran 'puteri' selalu digunakan bersama dengan nama Tsunade kerana dia merupakan cucu kepada [[Senarai Hokage#Hokage Pertama|Hokage Pertama]].
 
Salah satu harta milik Tsunade yang bernilai ialah rantai yang dahulunya dipunyai oleh datuk Tsunade. Rantai tersebut dikatakan cukup mahal untuk membeli tiga buah gunung. Pada hari jadi adiknya, [[Senarai Genin Konoha#Nawaki|Nawaki]] yang kedua belas, Tsunade menghadiahkan rantai tersebut kepadanya dengan harapan Nawaki akan berjaya meraih nama Hokage. Keesokan harinya, Nawaki terkorban dalam satu pertarungan dan rantai tersebut pulang ke pangkuan Tsunade. Beberapa ketika kemudian, Tsunade jatuh cinta akan seorang lelaki bernama [[Senarai Jonin Konoha#Dan|Dan]] yang juga bercita-cita untuk menjadi seorang Hokage. Sebagai tanda sokongan dan cintanya kepada Dan, Tsunade menghadiahkan rantai milik darwah datuknya kepada Dan. Tetapi, Dan juga terkorban dalam peperangan dan sekali lagi memulangkan rantai tersebut kepada Tsunade.
 
Kematian Nawaki dan Dan meninggalkan impak yang sangat besar kepada Tsunade; kematian Dan dan kegagalan Tsunade untuk menyelamatkan nyawanya menyebabkan Tsunade menghidap hemofobia (takut akan darah). Orang ramai juga mula mempercayai bahawa sesiapa yang memiliki rantai Tsunade akan menemui maut dan dianggap telah disumpah. Maka, Tsunade turut hilang kepercayaan terhadap gelaran Hokage dan menganggap hanya si bodoh sahaja yang mahukan nama tersebut. Tsunade kemudiannya meninggalkan Konoha bersama-sama dengan anak saudara Dan, [[Senarai Jonin Konoha#Shizune|Shizune]].
 
Tsunade memiliki kekuatan yang luar biasa. Kebolehan ini ialah hasil daya mengawal chakra Tsunade yang amat tinggi. Dengan mengumpul dan melepaskan chakra sebaik sahaja menyentuh sesuatu objek, dia boleh meningkatkan kekuatan fizikalnya sehingga mampu memecahkan batuan besar. Dia juga merupakan ninja perubatan yang mahir dan dapat merawat kecederaan parah yang selalunya akan membawa maut kepada mangsa. Tsunade telah mencipta '[[Sōzō Saisei, 創造再生]]' (Kelahiran Semula Genesis), satu teknik yang membolehkan Tsunade menjana dan memulihkan semua luka pada penggunanya dengan membebaskan chakra yang dikumpulkan dalam tanda pada dahinya. Tetapi, jurus ini akan memendekkan jangka hayat Tsunade menyebabkan jurus ini hanya digunakan pada saat-saat kecemasan.
 
Walaupun dalam usia 50an, jurus '[[Henge no Jutsu, 変化の術]]' (Teknik Peniruan) yang digunakan oleh Tsunade menyebabkannya kelihatan berumur di sekitar 20 tahun. Transformasi ini agak berbeza dengan transformasi biasa kerana perubahan fizikal pada Tsunade nampaknya kekal dan tidak dibengkalai apabila Tsunade dicederakan dalam pertarungan. Tsunade juga adalah seorang kaki judi yang selalu bernasib buruk. Maka, dia juga digelar 'Lagenda Kaki Judi Teruk' kerana keuntungan bersih yang diraih oleh pemain lawan. Apabila Tsunade benar-benar bernasib baik, dia melihat perkara tersebut sebagai alamat yang tidak baik. Biasanya, perkara yang tidak baik akan berlaku selepas itu. Simbol pada baju di bahagian belakang bermaksud judi (賭) memandangkan Tsunade suka berjudi pada masa lapangnya.
 
 
Salah satu harta milik Tsunade yang bernilai ialah rantai yang dahulunya dipunyai oleh datuk Tsunade. Rantai tersebut dikatakan cukup mahal untuk membeli tiga buah gunung. Pada hari jadi adiknya, [[Senarai Genin Konoha#Nawaki|Nawaki]] yang kedua belas, Tsunade menghadiahkan rantai tersebut kepadanya dengan harapan Nawaki akan berjaya meraih nama Hokage. Keesokan harinya, Nawaki terkorban dalam satu pertarungan dan rantai tersebut pulang ke pangkuan Tsunade.
 
{{endspoiler}}