Senarai Hokage: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Virtual ailee (bincang | sumb.)
Virtual ailee (bincang | sumb.)
Baris 11:
 
=== Hokage Kedua ===
[[Imej:Hokage Kedua.jpg|left|125px]][[Imej:Kedua2.jpg|130px|right]]Merupakan adik kepada Hokage Pertama. Beliau banyak menyumbang terhadap pembangunan Konoha sebagai kuasa utuh. Beliau juga amat bangga akan keupayaan kombat yang tinggi dan sangat mahir mengendalikan jurus berelemen air (beliau tidak perlu berada berhampiran dengan sumber air untuk melakukan jurus tersebut). Merupakan guru kepada Hokage Ketiga, [[Senarai Shinobi Lain-lain#Mitokado Homura|Mitokado Homura]] dan [[Senarai Shinobi Lain=lain#Utatane Koharu|Utatane Koharu]]. Rohnya telah dikurung dalam salah satu klon bayang [[Senarai Hokage#Hokage Ketiga|Hokage Ketiga]] selepas dihidupkan semula oleh Orochimaru.
 
Dalam anime, bekas Jonin Konoha [[Musuh#Rokusho Aoi|Rokusho Aoi]] pernah mengatakan bahawa Hokage Kedua terkenal dengan pedang Raijinnya. Pedang tersebut diperbuat daripada tenaga tulen dan boleh ditarik masuk ke dalam hulunya. Anak murid Aoi, Morino Idate mencuri pedang tersebut dan menyerahkan pedang itu kepada Aoi dengan harapan dia dapat menjadi seorang Chunin. Aoi mendakwa bahawa pengguna pedang Raijin adalah kebal dalam mana-mana pertarungan. Dia dibuktikan salah apabila pedang Raijin retak dan pecah sebagai akibat Chidori dan Rasengan yang masing-masing dihasilkan oleh [[Uchiha Sasuke]] dan [[Uzumaki Naruto]].