Tsunade Senju: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Virtual ailee (bincang | sumb.)
Master2841 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 6:
== Latar Belakang ==
{{spoiler}}
[[Imej:Tsunade.jpg|200px|right|thumb|Tsunade, Hokage Kelima Konoha.]]Tsunade ialah bekas pelajar kepada [[Hokage Ketiga]]. Tsunade dan bekas rakan sepasukannya, [[Jiraiya (Naruto)|Jiraiya]] dan [[Orochimaru (Naruto)|Orochimaru]] dikenali sebagai 'Tiga Lagenda'. Gelaran 'puteri' selalu digunakan bersama dengan nama Tsunade kerana dia merupakan cucu kepada [[Senarai Hokage#Hokage Pertama|Hokage Pertama]].
 
Salah satu harta milik Tsunade yang bernilai ialah rantai yang dahulunya dipunyai oleh datuk Tsunade. Rantai tersebut dikatakan cukup mahal untuk membeli tiga buah gunung. Pada hari jadi adiknya, [[Senarai Genin Konoha#Nawaki|Nawaki]] yang kedua belas, Tsunade menghadiahkan rantai tersebut kepadanya dengan harapan Nawaki akan berjaya meraih nama Hokage. Keesokan harinya, Nawaki terkorban dalam satu pertarungan dan rantai tersebut pulang ke pangkuan Tsunade. Beberapa ketika kemudian, Tsunade jatuh cinta akan seorang lelaki bernama [[Senarai Jonin Konoha#Dan|Dan]] yang juga bercita-cita untuk menjadi seorang Hokage. Sebagai tanda sokongan dan cintanya kepada Dan, Tsunade menghadiahkan rantai milik darwah datuknya kepada Dan. Tetapi, Dan juga terkorban dalam peperangan dan sekali lagi memulangkan rantai tersebut kepada Tsunade.