Al-Andalus: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 91:
 
Beberapa ciri tersendiri perpustakaan moden diperkenalkan di dalam dunia Islam. Perpustakaan bukan sahaja merupakan kumpulan manuskrip lama seperti pada zaman kuno, tetapi juga berfungsi sebagai perpustakaan awam dan pinjaman, pusat pendidikan dan penyebaran sains dan idea, tempat mesyuarat dan muzakarah, dan kadangkala sebagai rumah pertumpangan para sarjana atau murid. Konsep [[katalog perpustakaan]] juga diperkenalkan di dalam perpustakaan Islam Zaman Pertengahan, dan buku-buku disusun mengikut [[genre]] dan kategori tertentu.<ref>{{citation|last=Micheau|first=Francoise|contribution=The Scientific Institutions in the Medieval Near East|pages=988–991}} in {{Harv|Morelon|Rashed|1996|pp=985-1007}}</ref>
 
 
==== Ilmu alam dan pengembaraan ====
 
Perjalanan jauh menimbulkan keperluan bagi pemetaan, dan para musafir sering menyediakan maklumat bagi tugas tersebut. Mahupun perjalanan jauh di Zaman Pertengahan berbahaya, orang Islam tetap berjalan jauh. Satu sebab ialah ibadat [[Haji]]. Orang Islam berangkat menuju [[Makkah]] di [[Semenanjung Arab]] dari Al-Andalus, [[Parsi]], [[Afrika]], dan [[India]]. Satu lagi sebab ialah perdagangan. Orang Islam berdagang dengan orang Eropah, India dan China, dan para pedagang Islam berkembara jauh kerana ingin berdagang.<ref name = ESS116>Edson and Savage-Smith (2004), pp. 113–6</ref>
 
Keazalian kapal ''[[caravel]]'' yang digunakan Portugis bagi pengembangan wilayah mereka pada kurun ke-15, bermula dengan kapal ''[[Cog (ship)|Cog]]'', ''[[Hulk (ship)|Holk]]'' dan kapal [[Dromon]], tetapi juga kapal jenis ''qarib'' yang digunakan pengembara dari Al-Andalus dalam abad ke-13.<ref name=Hobson>John M. Hobson (2004), ''The Eastern Origins of Western Civilisation'', p. 141, [[Cambridge University Press]], ISBN 0-521-54724-5.</ref>
 
==== Perubatan ====
''Rencana utama: [[Perubatan Islam sewaktu zaman pertengahan]]''
 
Doktor-doktor Islam dari Al-Andalus membuat sumbangan besar dalam kajian perubatan, termasuklah dalam bidang [[anatomi]] dan [[fisiologi]]. Tokoh-tokoh utama zaman ini termasuk [[Abu Al-Qasim Al-Zahrawi|Al-Zahrawi]] (Abulcasis), penulis ''[[Al-Tasrif|Kitab Al-Tasrif]]'' ("''Buku Konsesi''"), suatu [[ensiklopedia]] sebesar 30 jilid, dan [[Ibnu Zuhr]] (Avenzoar), yang membuat kemajuan penting dalam bidang pembedahan.
 
== Nota kaki ==