Al-Andalus: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 45:
Namun cucu Amir Abdallah, [[Abd ar-Rahman III|Abd Al-Rahman III]], yang menggantinya dalam tahun 912, tidak sahaja memulihkan kuasa Umayyah di seluruh Al-Andalus, malah memanjangkannya ke wilayah barat Afrika Utara. Dalam tahun 929 CE beliau mengisytiharkan dirinya sebagai [[Khilafah Cordoba|Khalifah]] Cordoba, sekaligus menaik taraf dirinya dan amiriah tersebut sebagai penyaing darjat Khalifah [[Kerajaan Bani Abbasiyyah|Abbasiyyah]] di [[Baghdad]] dan juga Khalifah [[Syiah]] di [[Tunis]] yang menandinginya dalam perebutan kuasa ke atas Afrika Utara.
 
Zaman Kekhalifahan dilihat sebagai zaman keemasan Al-Andalus. Sektor pertanian di Cordoba dan kawasan-kawasan berdekatannya menjadi yang termaju di Eropah dengan pengeluaran tanaman dengan bantuan sistem saliran serta makanan yang diimport dari Timur Tengah. Di bawah pemerintahan Kekhalifahan Umayyah, Cordoba dengan jumlah penduduk lebih kurang 500,000 orang, akhirnya mengatasi [[Constantinople]] sebagai bandar yang paling besar dan makmur di seluruh Eropah.<ref name=Chandler>Tertius Chandler. ''Four Thousand Years of Urban Growth: An Historical Census'' (1987), St. David's University Press ([http://www.etext.org/Politics/World.Systems/datasets/citypop/civilizations/citypops_2000BC-1988AD etext.org]). ISBN 0-88946-207-0.</ref> Dalam dunia Islam pula, Cordoba muncul sebagai satu pusat tertunggul budaya. Karya-karya ahli falsafah dan sains (khususnya [[Abu alAl-Qasim alAl-Zahrawi|Al-Zahrawi]] ('Abulcasis') dan [[Ibnu Rushd]] ('Averroes') amat berpengaruh terhadap kehidupan intelektual Eropah.
 
Orang Islam dan juga bukan Islam berkunjung ke Cordoba dari seberang laut untuk belajar di perputakaan-perpustakaan dan universiti-universiti Al-Andalus selepas penaklukan Toledo dalam tahun 1085. Yang paling ternama ialah [[Michael Scot]] (c. 1175 ke c. 1235), yang mengambil karya-karya Ibnu Rushd dan [[Ibnu Sina]] ('Avicenna') ke [[Italy]]. Penyebaran ini memberi kesan yang amat tinggi terhadap pembetukan [[Zaman Pembaharuan]] Eropah.