Al-Andalus: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 109:
 
[[Said Al-Andalusi]] (1029–1070 CE) menyatakan bahawa manusia dari semua pelusuk dunia mempunyai asal-usul yang sama, tetapi berbeza satu dari yang lain dalam beberapa segi: "[[Etika Islam|Etika]], penampilan, seni taman, dan bahasa." Beliau menganggap sejarah [[Mesir]] sebagai sebahagian daripada [[sejarah]] manusia sejagat dan memautkan Mesir dan [[Sudan]] dengan sejarah bangsa [[Arab]] melalui leluhur yang sama.<ref name=Daly-17>{{citation|title=Egyptology: The Missing Millennium: Ancient Egypt in Medieval Arabic Writings|first=Okasha|last=El Daly|publisher=[[Routledge]]|year=2004|isbn=1-84472-063-2|page=17|ref=}}</ref> Sejarah yang terpaut ini menghubungkan Mesir kuno dengan sejarah Islam melalui Hajar, isteri Nabi Ibrahim (as) dan ibu kepada Nabi Ismail (as) moyang bangsa Arab, sekaligus menjadikan Hajar ibu kepada bangsa Arab.<ref name=Daly-17/> <ref name=Daly-18>{{citation|title=Egyptology: The Missing Millennium: Ancient Egypt in Medieval Arabic Writings|first=Okasha|last=El Daly|publisher=[[Routledge]]|year=2004|isbn=1-84472-063-2|page=18}}</ref>
 
=== Warisanan Kebudayaan ===
 
==== Seni bina ====
 
Pemerintah-pemerintah Islam telah memperkenalkan gaya seni bina yang bersifat Arab yang pada akhir zaman pemerintahan mereka juga mengandungi unsur-unsur seni bina Arab, [[Empayar Byzantine|Byzantine]] dan [[Visigoth]]. Ciri-ciri ini kenal berpengaruh di semenanjung Iberia mahupun selepas [[Reconquista]]. Beberapa contoh sumbangan seni bina yang berkekalan di bawah pemerintahn ta'ifa termasuk [[Masjid Agung Cordoba]] dan estat istana Cordoba [[Al-Rustafa]]. Orang Kristian dan Yahudi meniru unsur-unsur seni bina Arab untuk gereja dan ''synagogue'' (kuil) mereka. Gaya ini kemudiannya dikenali sebagai gaya ''[[Mozarabic]].'' Gaya seni bina Mozarabic termasuklah ketiadaan hiasan luaran, kepelbagaian pelan lantai, penggunaan gerbang bentuk ladam dalam gaya Islam, dan penggunaan tiang sebagai penyokong dengan kepala tiang dihias dengan unsur-unsur tanaman.
 
==== Masakan ====
 
[[Restoran]]-restoran di Al-Andalus menghidangkan makanan tiga sajian, yang diperkenalkan oleh [[Ziryab]] pada kurun kesembilan: Ziryab berkeras bahawa makannan harus dihidang dalam tiga sajian termasuk [[sup]], [[sajian utama]], dan [[pencuci mulut]].<ref name=Marin>Salma Khadra Jayyusi and Manuela Marin (1994), ''The Legacy of Muslim Spain'', p. 117, [[Brill Publishers]], ISBN 90-04-09599-3</ref>
 
==== Linguistik dan kesusasteraan ====
 
''Lihat juga: [[Kesusasteraan Arab]]''
 
Pada kurun ke-12, ahli falsafah dan penulis novel Arab Andalus, [[Ibn Tufail]] (dikenali sebagai 'Abubacer' atau 'Ebn Tophail' di Barat) mula-mula menunjukkan teori [[tabula rasa]] Ibnu Sina sebagai satu [[eksperimen pemikiran]] dalam [[Novel Arab|novel Arab]]nya bertajuk ''[[Hayy ibn Yaqzan]]''. Di dalam novel ini Ibn Tufail menggambarkan pembetukan minda seorang kanak-kanak [[feral]] (kanak-kanak liar) dari "tabula rasa sehinggalah menjadi minda dewasa, dalam keadaan pengasingan sempurna dari masyarakat, di sebuah pulau pulau yang tidak berpenghuni. Terjemahan [[Latin]] karya ini dalam tahun 1671 CE, dengan tajuk ''Philosophus Autodidactus'', terbitan ''Edward Pococke the Younger'', mempengaruhi perumusan tabula rasa oleh [[John Locke]] di dalam ''[[Esei tentang Pemahaman Manusia]]'',<ref name=Russell>G. A. Russell (1994), ''The 'Arabick' Interest of the Natural Philosophers in Seventeenth-Century England'', pp. 224–262, [[Brill Publishers]], ISBN 90-04-09459-8.</ref> yang kemudiannya menjadi satu daripada sumber utama [[Empirisisme|empiricisme]] dalam falsafah moden, dan telah mempengaruhi ramai para ahli falsafah [[Zaman Kesedaran]] seperti [[David Hume]] dan [[George Berkeley]].
 
''[[Hadith Bayad wa Riyad]]'' (''Cerita Bayad dan Riyad'') merupakan kisah cinta Arab abad ke-13 yang tertulis di Al-Andalus. Watak-watak utama ialah Bayad, anak seorang pedagang dari [[Damsyik]], dan Riyad anak gadis yang berpendidikan, ahli dewan seorang [[Hajib]] (wazir atau menteri) Al-Andalus yang dikenali hanya sebagai "Puan". Dipercayai manuskrip ''Hadith Bayad wa Riyad'' merupakan satu-satunya manuskrip bergambar yang wujud daripada kehadiran selama lapan ratus tahun orang Islam dan Arab di Sepanyol.
 
==== Penterjemahan ====
 
''Maklumat lanjut: [[Sumbangan Islam kepada Eropah Zaman Pertengahan]]''
 
Karya-karya ramai sarjana Islam, yang pada awalnya hanya boleh dirujuk oleh orang Islam khususnya di Al-Andalus dan [[Sicily Islam]] tersebar ke dalam sains Eropah hasil usaha para penterjemah [[Sekolah Terjemahan Toledo]], yang telah diasaskan selepas penaklukan Toledo oleh pihak Kristian pada tahun 1085 CE.<ref>C. H. Haskins, ''Studies in Mediaeval Science'', pp. 8–10</ref> Para sarjana ini menterjemahkan teks-teks baharu berkaitan sains dan falsafah daripada bahasa Arab ke dalam bahasa Latin.
 
Seorang daripada ahli penterjemah yang banyak menghasilkan penterjemahan di Castile ialah [[Gerard dari Cremona]]. Gerard menterjemahkan 87 buku dari bahasa Arab ke Latin, termasuklah karya-karya Al-Khawarizmi, [[Al-Kindi]], [[Ibnu Kathir Al-Farghani]], [[Al-Farabi]], [[Al-Razi]], dan karya-karya [[Al-Zarqali]], [[Jabir ibn Aflah]], [[Banu Musa]], [[Abu Kamil Shuja ibn Aslam]], [[Al-Zahrawi]] dan [[Ibn Al-Haytham]].
 
Dengan kejatuhan [[Amiriah Granada]] pada tahun 1492 CE, langkah utama saintifik dan teknologi dunia Islam diwarisi orang Eropah dan seterusnya menjadi landasan [[Zaman Pembaharuan]] dan [[Revolusi Saintifik]] Eropah.<ref name=Grant>[[Edward Grant]] (1996), ''The Foundations of Modern Science in the Middle Ages: Their Religious, Institutional, and Intellectual Contexts'', Cambridge: [[Cambridge University Press]]</ref>
 
== Nota kaki ==