Al-Andalus: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 102:
''Maklumat lanjut: [[Perubatan Islam sewaktu zaman pertengahan]] dan [[Psikologi Islam pada zaman pertengahan]]
 
Doktor-doktor Islam dari Al-Andalus membuat sumbangan besar dalam kajian perubatan, termasuklah dalam bidang [[anatomi]] dan [[fisiologi]]. Tokoh-tokoh utama zaman ini termasuk [[Abu Al-Qasim Al-Zahrawi|Al-Zahrawi]] ('Abulcasis'), penulis ''[[Al-Tasrif|Kitab Al-Tasrif]]'' ("''Buku Konsesi''"), suatu [[ensiklopedia]] sebesar 30 jilid, dan [[Ibnu Zuhr]] ('Avenzoar'), yang membuat kemajuan penting dalam bidang [[pembedahan]].
 
Al-Zahrawi, yang dianggap bapa pembedahan moden, membangunkan bahan dan teknik pembedahan yang masih digunakan di dalam [[pembedahan neuro]]. Ibnu Zuhr memberikan gambaran tepat yang terawal penyakit [[neurologi]], termasuk [[meningitis]], [[tromboflebitis]] intrakranium (di dalam ruang tengkorak), dan [[tumor]] [[sel germa]] [[mediastinum]]. Beliau juga menyumbang kepada [[farmakologi neuro]] moden. Ibnu Rushd pula membayangkan kemungkinan terdapatnya [[Penyakit Parkinson|penyakit Parkinson]] dan menyatakan bahawa [[retina]] memiliki sifat [[sel fotopenerima]]. [[Maimonides]], seorang Yahudi, menulis tentang gangguan [[neuropsikiatri]] dan memberikan gambaran tentang penyakit [[rabies]] dan keracunan [[belladonna]].<ref name=Araguz>Martin-Araguz, A.; Bustamante-Martinez, C.; Fernandez-Armayor, Ajo V.; Moreno-Martinez, J. M. (2002). "Neuroscience in al-Andalus and its influence on medieval scholastic medicine", ''Revista de neurología'' '''34''' (9), pp. 877–892.</ref>