Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SyahirSQRT2 (bincang | sumb.)
Baris 22:
 
== Sejarah ==
[[Fail:16110427260626l.jpg|thumb|350px|left|Bangunan SMKSB]]Sekolah Menengah Sultan Badlishah diasaskan pada 8 Januari 1948 di bangunan ''Kedah Volunteer Force Drill'', Kulim dan dikenali pada mulanya sebagai ''Government English School'' untuk menampung pelajar-pelajar kelas "Special Malay" dari daerah-daerah Sik, Kulim dan Bandar Baharu. Tidak lama selepas ditubuhkan sekolah ini telah dikategorikan sebagai Sekolah Perdana (Premier School).
 
Kemasukan pertama 80 orang pelajar terdiri daripada 2 kelas primary satu (20 x 2 orang) dan 1 kelas "Special Malay" (40 orang). Pengetua pertamanya ialah Tuan Haji Samsudin b. Mohd. Yusof.
Baris 32:
Seterusnya antara tahun 1991 hingga kini prestasi akademik pelajar-pelajar SMKSB dalam peperiksaan SPM/STPM berada di tahap "top 3" dan "top 5" di dalam negeri Kedah dari segi kuantiti dan kualiti. Pencapaian SMKSB terus cemerlang apabila dua kali dalam sejarah SMKSB keputusan peperiksaan SPMnya mencecah 100 % iaitu pada tahun 1996 dan 1999, menjadikannya setanding dengan mana-mana sekolah berasrama penuh di Malaysia. Dalam keputusan PMR 1998, SMKSB telah mencipta sejarah sebagai sekolah harian terbaik di Malaysia. Ini adalah merupakan satu kejayaan yang melengkapkan sambutan Jubli Emas pada tahun berkenaan. Mulai tahun 1998 juga, SMKSB menjadi sekolah sains harian dengan pengambilan pertama semua tingkatan empat aliran sains.
 
SMKSB adalah sekolah bestari dalam kategori B. Justeru itu pelbagai usaha gigih pengurusan sekolah disertai komitmen semua pihak termasuk stake holders dapat dilihat ke arah menjayakan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tersebut.
 
[[Fail:16110427260626l.jpg||thumbBangunan SMKSB]]
 
== Anugerah sekolah ==