Al-Andalus: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 28:
[[File:Península ibérica 750.svg|225px|thumb|left|Wilayah Al-Andalus, c.720 CE]]
 
Dalam tempoh pemerintahan Khalifah [Umayyah] [[Al-Walid I]], panglima Berber [[Tariq ibn Ziyad]] mengetuai angkatan kecil yang mendarat di [[Gibraltar]] pada April 30, 711, kononnya untuk campur tangan dalam perang saudara [[Visigoth]]. Selepas kemenangan muktamad ke atas [[Roderic]] di [[Pertempuran Guadalete]] pada Julai 19, 711. Tariq ibn Ziyad, bersama-sama gabenor Arab [[IfrikiyyaIfrikiyyah]], [[Musa ibn Nusayr]], menakluk sebahagian besar negeri [[Visigoth]] selepas menjalankan kempen peperangan selama tujuh tahun. Mereka menyeberang banjaran [[Pyrenees]] dan menakluk [[Septimania]], wilayah Visigoth di selatan Perancis.
 
Sebahagian besar semenanjung Iberia menjadi wilayah pemerintahan [[Kerajaan Bani Umayyah|Umayyah]] yang disebut ''Al-Andalus''. Wilayah yang ditakluk diatur sebagai wilayah di bawah pengelolaan Ifrikiyya; justeru, dalam dekad-dekad awal, [[Senarai Gabenor Umayyah Al-Andalus|gabenor-gabenor Al-Andalus]] dilantik oleh Amir di [[Kairouan]] dan bukannya Khalifah di [[Damsyik]]. Ibu negeri wilayah terletak di [[Cordoba]], dan anak tanah jajahan terawal bertaburan di beberapa tempat - kolonis atupun peneroka [[Arab]] ditempatkan di bahagian selatan dan timur, sementara peneroka [[bangsa Berber|Berber]] ditempatkan di bahagaian barat dan tengah. Pembesar-pembesar Visigoth yang tunduk kepada pertuanan Islam dibenarkan mengekalkan tanah feudal masing-masing (terutamanya di Murcia, Galicia dan Lembah Ebro). Visigoth yang menentang berlindung di tanah tinggi [[Cantabria]], di mana mereka menubuhkan kerajaan [[Asturias]] negeri pemerintahan saki-baki Visigoth.