Sihir: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 24:
Penganut agama [[Islam]] dilarang keras daripada mengamalkan sihir, kerana dianggap mengingkari hukum Allah/alam dan boleh jatuh syirik. Ia seolah-olah cuba menyaingi kuasa Allah.
 
Orang yang terkena sihir lazimnya dikatakan sebelum itu tiba-tiba meningkat nafsu syahwatnya seperti dia kerap/ketagihan melakukan seks di mana akhirnya mengakibatkan jiwa dan batinnnya menjadi lemah dan mudah kerasukan. Ini juga lantaran dirinya terdedah kepada badan yang tidak suci(tidak mandi wajib/hadas) dan syaitan amat menyukai orang yang demikian. Terdapat juga tanda kusam dan lesu pada wajahnya terutamanya pada bibir dan mata putih. Walaubagaimanapun sihir boleh dielak dengan mengamalkan beberapa ayat suci al-Quran seperti ayatul kursi dan lain-lain.
 
Kedua-dua mazhab [[Sunni]] dan [[Shiah]] melarang penggunaan sihir. Di dalam aliran [[Sufi]] bagaimanapun terdapat konsep "barakah" yang merujuk kepada "rahmat" atau "kuasa Tuhan" yang diberikan kepada orang alim. Juga masih terdapat orang Islam yang menggunakan [[jin]] bagi tujuan yang baik seperti dalam perubatan dengan bantuan dari ayat [[Quran]] dan doa. Mazhab [[Wahhabi]] bagaimanapun melihat segala penggunaan jin atau makhluk halus walaupun untuk tujuan baik sebagai [[syirik]].