Mandi wajib: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Membatalkan semakan 2275467 oleh 203.82.92.44 (Perbincangan)
Baris 43:
“Dahulu, jika Rasulullah SAW hendak mandi janabah (junub), beliau membasuh kedua tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana berwuduk untuk solat. Lalu beliau mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga beliau menganggap telah cukup, beliau tuangkan ke atas kepalanya sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu beliau guyur seluruh badannya. Kemudian beliau basuh kedua kakinya”
 
(HR. Al Bukhari dan Muslim)
 
Cara mandi wajib yang paling baik adalah mengikut cara yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi.
Baris 57 ⟶ 58:
 
Jika dia mandi dengan menggunakan “''shower”'', tidak perlu tiga kali, memadai telah yakin air telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari.
 
Untuk wanita pula, oleh kerana rambut wanita lebih panjang, maka disunatkan diuraikan rambut. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tak sampai air ke dalamnya, [[tocang]] atau [[sanggul]] hendaklah dibuka untuk membolehkan air sampai.
 
Seseorang itu elok memakai kain hingga ke lutut seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
 
===Najis di badan===
 
Jika ada [[najis]] di badan, [[najis]] itu boleh dibasuh serentak dgn mandi wajib iaitu membasuh [[najis]] dgn mandi wajib itu boleh disekalikan ([[Imam Nawawi]]) untuk memenuhi rukun kedua mandi wajib.
 
===Keperluan mengambil wuduk===
 
Seseorang yang telah mengerjakan mandi wajib tidak perlu mengambil [[wuduk]] semula untuk mengerjakan [[solat]] dengan syarat dia tidak melakukan perkara yang membatalkan [[wuduk]] selepas dia mengerjakan mandi wajib. Jika terbatal, dia perlu hanya mengambil semula wuduknya sahaja.
 
==Perkara-perkara sunat==