Litar Antarabangsa Sepang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 21:
 
==Susunan litar ==
Litar utama, biasanya berlumba mengikut arah jam, adalah 5,54 kilometer panjang, dan mempunyai sudut menyapu dan jalan lurus yang luas. Susunan litar yang agak luar biasa, mempunyai jalan yang lurus yang dipisahkan dari ''pit'', dan diikuti oleh satu belokan yang amat tajam.
Konfigurasi lain Litar Sepang juga digunakan untuk berlumba mengikut arah jam. Konfigurasi ini digunakan oleh separuh pertama litar utama dan berpaling ke arah ''pit'', selepas belokan ke-6 dan ia adalah 2,71 kilometer panjang secara keseluruhan.
Litar selatan adalah separuh lain litar ini. Belakang lurus litar utama menjadi ''pit'' lurus apabila litar selatan digunakan, dan bersambung ke belokan ke-8 untuk membentuk satu belokan tajam. Dengan mengikut arah jam , litar ini adalah 2,61 km panjang.
Litar ini juga mempunyai trek untuk perlumbaan ''go-kart'' dan kemudahan motocross.
 
==Rekod terpantas litar ==