Unit ukuran: Perbezaan antara semakan

Saiz tidak berubah ,  9 tahun lalu
Unit ukuran adalah [[kuantiti]] piawai bagi ciri-ciri fizikal, digunakan sebagai faktor untuk menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat. Unit ukuran adalah antara peralatan yang terawal dicipta manusia. Masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak benda: pembinaan tempat kediaman bagi bentuk dan saiz yang sesuai, rekaan pakaian, atau penurakan bahan makanan.
 
Sistem yang seragam bagi beratjisim dan ukuran yang terawal diketahui nampaknya telah dicipta pada [[abad ke-4 SM]] dan [[Abad ke-3 SM|ke-3 SM]] di kalangan masyarakat [[Mesopotamia]], [[Tamadun Mesir|Mesir]] dan [[Tamadun Lembah Indus|Lembah Indus]], dan mungkin juga [[Elam]] di [[Iran|Parsi]].
 
Banyak sistem diasaskan dengan penggunaan bahagian badan dan benda-benda di sekeliling sebagai alat pengukur. Pengetahuan kita tentang berat dan ukuran muncul dari banyak sumber.
Pengguna awanama