Abu Hamid al-Ghazali: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MerlIwBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: ky:Газали
Baris 26:
 
== Riwayat Hidup ==
 
AbūAbu ĤāmidHamid al-GhazālīGhazali dilahirkan pada tahun 450 [[Hijrah]] di desa [[GhazālahGhazalah]], di pinggir kota [[ŢūsTus]], yang terletak pada hari ini di bahagian timur laut negara [[Iran]], berdekatan dengan kota [[Mashhad]], ibu kota wilayah [[KhorāsānKhorasan]].
 
Keluarga Abū Ĥāmid al-Ghazālī kuat beragama. Ayahnya bekerja menenun [[kain]] dari bulu [[biri-biri]]. Hasil tenunan kainnya itu dibawa dari desa Ghazālah ke kota Ţūs untuk dijual di sana. Walaupun si ayah adalah seorang lelaki yang miskin, dia juga merupakan seorang yang jujur dan baik hati. Dia suka bergaul dengan ''al-'ulamā' '' dan juga para [[sufi]] sambil memetik ilmu-ilmu [[agama]], serta berbakti dan berkhidmat kepada mereka. Kerana selalu mendampingi orang-orang yang berilmu dan sering pula mendengar uraian-uraian daripada mereka, si ayah telah merasa kesan positifnya, lalu berdoa agar dia dikurniakan seorang anak yang cerdik, berilmu dan juga ''şāliĥ.'' Doanya itu telah diperkenankan