Perbezaan antara semakan "Kelapa sawit"

2,291 bait dibuang ,  7 tahun lalu
(-ml (describes genus Elaeis))
 
Ia adalah tanaman utama di Malaysia pada masakini. Terdapat seluas 4,691,160 hektar tanaman kelapa sawit di Malaysia pada tahun 2009 berbanding cuma 642,00 hektar direkodkan pada tahun 1975. Pada masa ini Negeri Sabah merupakan kawasan utama tanaman sawit di Malaysia (1.362 juta ha atau 29.7%) diikuti dengan Sarawak (0.840 juta hektar atau 16.6% ) dan Johor (0.712 juta hektar atau 15.32%). Negeri paling kecil mempunyai tanaman kelapa sawit adalah di Pulau Pinang iaitu cuma 14,000 hektar sahaja. Daripada jumlah keluasan tersebut seluas 2.807 juta hektar kelapa sawit ditanam oleh pihak estet swasta (59.8%) sementara 20.2% dimajukan oleh Skim Kerajaan (FELDA - 675,167 ha, RISDA- 80,262 dan FELCRA- 160,832) , 321,947 hektar (7,1%) oleh Skim Kerajaan Negeri dan bakinya seluas 540,194 hektar (12.98%) oleh pekebun kecil.
 
==Sejarah perkembangan industri sawit==
Ia bermula dengan Ca'da Mosto memperkenalkan kelapa sawit pada tahun 1435-1460. Terdapat cubaan untuk menanam kelapa sawit di India dan Kepulauan Maurutius pada tahun 1836. Pada tahun 1870 benih Deli Dura dibawa ke [[Asia Tenggara]] dan ditanam di [[Taman Botani Singapura]]. Pada tahun 1890 minyak kelapa sawit mula digunakan untuk membuat margarine. Lord Leverholme memperkenalkan milling dan pemprosesan minyak kelapa sawit. Tahun berikutnya kilang pemprosesan minyak kelapa sawit dibina di Belgium, Congo.
 
Pada tahun 1848 orang [[Belanda]] membawa kelapa sawit ke Indonesia yang kemudiannya ke Singapura dan [[Tanah Melayu]]. Kelapa sawit datang ke Tanah Melayu melalui Taman Botani Singapura sebagai [[tanaman hiasan]]. [[M. A. Hallet]] menanam pokok kelapa sawit Deli untuk pengeluaran komersial di Sumatera. Kemudian [[M. H. Fauconnier]] menanam pokok kelapa sawit Deli di [[Rantau Panjang]], [[Selangor]]. Pada tahun 1917 bermulalah penanaman kelapa sawit secara komersial di Estet Tannamaran, [[Kuala Selangor]]. Seterusnya di Estet Elmina, Kuala Selangor.
 
Industri sawit [[Malaysia]] dan [[Indonesia]] bermula apabila empat anak benih dari [[Afrika]] ditanam di [[Taman Botani Bogor]], Indonesia pada tahun [[1848]]. Benihnya dari [[Bogor]] ini kemudiannya ditanam di tepi-tepi jalan sebagai tanaman hiasan di [[Deli]], [[Sumatera]] pada dekad [[1870-an]] dan di Rantau Panjang, [[Kuala Selangor]] pada tahun [[1911]]-[[1912]].
 
Di Taman Botani Bogor terdapat pohon kelapa sawit yang tertua di [[Asia Tenggara]] yang berasal dari Afrika. [[Taman botani]] ini yang seluas 87 [[hektar]] dibina pada tahun [[1817]], dan merupakan usaha Prof. Dr. Reinwadt, [[ahli botani]] [[Belanda]]. Terdapat 20,000 tanaman di sini yang tergolong dalam 6,000 [[spesies]].
 
Industri sawit Malaysia bermula pada tahun [[1917]] apabila Ladang Tenmaran di [[Kuala Selangor]] ditanam dengan benih dura Deli dari Rantau Panjang. Apabila pewarisan bentuk buah difahami, penanaman komersil beralih daripada bahan dura kepada [[kacukan]] dura x pisifera (D x P). Kacukan D x P menghasilkan buah tenera. Penanaman ladang yang menggunakan bahan D x P berlaku secara mendadak pada awal dekad [[1960-an]] apabila [[Felda]] membuka tanah rancangan secara besar-besaran.
 
== Morfologi ==
Pengguna awanama