Nikola Tesla: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MerlIwBot (bincang | sumb.)
Sylarius (bincang | sumb.)
Baris 50:
 
Ketika berusia 36 tahun, beliau telah dianugerahkan hak paten berkaitan dengan [[sistem kuasa polifasa]]. Kajian beliau mengenai asas sistem dan [[putaran medan magnet]] diteruskan. Dari 1892 hingga 1894, Tesla menyandang jawatan sebagai timbalan presiden Institut Jurutera Elektrikal Amerika (''American Institute of Electrical Engineers''), salah satu persatuan yang menjadi perintis kepada badan yang dikenali hari ini sebagai ''Institute of Electrical and Electronics Engineers'', [[IEEE]]. Dari 1893 hingga 1895, beliau menjalankan penyelidikan mengenai [[frekuensi tinggi]] pada [[arus ulang-alik]]. Beliau menjanakan arus ulang-alik sebanyak 1 juta [[volt]] menggunakan kon [[lingkaran tesla]] untuk menyelidik [[kesan kulit]] pada [[pengalir]], reka bentuk litar penalaan, mencipta mesin tidur nyenyak, lampu nyahcas gas tanpa kord, memancarkan tenaga [[elektromagnet]] tanpa wayar serta membina [[pemancar radio]] yang pertama.
 
Tesla dianggap sebagai orang pertama yang menemukan [[elektron]], namun ianya masih lagi di dalam perdebatan. Pada 26 Ogos 1896, Tesla menerbitkan makalah yang bertajuk "Reply to J.J. Thomson's note" di dalam majalah "Electrical Engineer" yang diterbitkan di New York. Di dalam makalah tersebut, Tesla mendakwa wujudnya zarah kecil yang bercas di dalam eksperimen yang dilakukan beliau, tetapi telah disanggah oleh [[J.J. Thomson]]. Lima tahun kemudian, J.J. Thomson akhirnya mempersetujui kewujudan elektron melalui sebuah eksperimen yang lain.<ref>{{cite web|title=Tesla Timeline|url=http://www.teslauniverse.com/nikola-tesla-timeline-1891-tesla-granted-citizenship|publisher=Tesla Universe|accessdate=5 July 2012}}</ref>
 
== Lihat juga ==