Ingatan tak meruap: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hanief (bincang | sumb.)
Aurora (bincang | sumb.)
gabung
Baris 3:
 
Ingatan tak meruap biasanya digunakan untuk tugas [[storan data komputer#Storan sekunder|storan sekunder]], atau simpanan jangka panjang yang berterusan berbanding [[ingatan meruap]] yang digunakan untuk storan primer. Bentuk yang paling banyak digunakan untuk [[storan data komputer#Storan primer|simpanan primer]] masa kini adalah satu bentuk [[ingatan capaian rawak]] (RAM) yang tidak meruap. Apabila komputer ditutup, segala yang terkandung dalam RAM akan hilang. Malangnya, kebanyakan bentuk ingatan tidak meruap mempunyai batasan yang membuatnya tidak sesuai untuk digunakan sebagai storan utama. Biasanya, ingatan tak meruap mempunyai kos lebih tinggi atau menunjukkan prestasi lebih teruk daripada ingatan capaian rawak yang meruap.
 
Beberapa syarikat sedang berusaha untuk membangunkan sistem ingatan tidak meruap yang setanding dalam kelajuan dan kapasiti RAM meruap. [[IBM]] kini sedang membangunkan [[MRAM]] (''magnetoresistive RAM''). Teknologi sedemikian bukan sahaja akan menjimatkan tenaga, tetapi ia akan membolehkan komputer yang boleh dihidupkan dan dimatikan serta-merta, tanpa urutan permulaan dan penutupan lambat. Di samping itu, [[Ramtron International]] telah membangunkan, menghasilkan, dan melesenkan [[RAM feroelektrik]] (F-RAM), satu teknologi yang menawarkan ciri yang berbeza daripada pilihan ingatan tak meruap yang lain, termasuk daya tahan yang sangat tinggi (melebihi 10<small><sup>16</sup></small> untuk peranti 3.3&nbsp;V), penggunaan kuasa yang sangat rendah (kerana F-RAM tidak memerlukan pam caj seperti ingatan tak meruap yang lain), kelajuan tinggi tulisan kitaran tunggal, dan toleransi sinaran gama. Syarikat-syarikat lain yang telah melesenkan dan menghasilkan teknologi F-RAM termasuk [[Texas Instruments]], [[Rohm]], dan [[Fujitsu]].
 
Penyimpanan data tidak meruap boleh dikategorikan dalam sistem berasaskan elektrik ([[ingatan baca sahaja]]) dan sistem berasaskan mekanikal ([[cakera keras]], [[cakera optik]], [[pita magnet]], [[ingatan holografik]], dan lain-lain). Sistem beralamat elektrik mahal tetapi cepat, manakala sistem yang beralamat mekanikal mempunyai harga yang rendah per bit, tetapi perlahan. Ingatan tak meruap mungkin satu hari nanti menghapuskan keperluan sistem storan sekunder yang lebih perlahan seperti cakera keras.