Israk dan Mikraj: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{Islam}}
Peristiwa '''Isra dan Mi'raj''' [[Nabi Muhammad s.a.w.]] terjadi pada 27 [[Rejab]] tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat [[Islam]]. Tarikh ini bersamaan 662622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum [[Hijrah]] dari [[Mekah]] ke [[Madinah]]. Tahun ini juga dikenali sebagai [[Tahun Dukacita]] kerana bapa saudaranya [[Abu Talib bin Abdul Mutalib]] dan isterinya [[Siti Khadijah binti Khuwailid]] meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya [[Zaid bin Harisah]] diusir dan dibaling batu oleh penduduk [[Taif]] sehingga berdarah .Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam [[surah]] [[al Isra]] ayat 1 ([[Al Quran]]:17:1). Surah [[al Najm]] ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18)
 
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke [[Mekah]] sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari [[Masjidil Haram]] ke [[Masjid Aqsa]] di [[Jerusalem]] / [[Baitul Maqdis]] di [[Israel]] / [[Palestin]] kini. Arah [[kiblat]] umat Islam ketika itu ialah [[Baitul Maqdis]]. Selepas peristiwa ini , semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di [[Tembok Barat]] masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di [[Madinah]], [[Madyan]] dan [[Bukit Thursina]]. Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah [[Nabi Adam]] , [[Nabi Musa]] dan [[Nabi Isa]]. Baginda ditawarkan minuman [[susu]] atau [[arak]]. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.