Anthony Davidson: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 34:
Pada tahun 2006, Davidson meneruskan peranannya sebagai pemandu uji untuk BAR, yang kini dimiliki oleh [[Honda Racing F1|Honda]] dan diberi nama baru, Honda F1 Racing. Kerana BAR telah gagal untuk menjadi salah satu daripada empat pengeluar utama musim sebelumnya, Honda diberikan untuk menguji kereta ketiga mereka pada hari Jumaat, memberi Davidson peranan yang lebih besar berbanding pada tahun 2005. Pada tahun 2008, Davidson kembali ke Honda sebagai pemandu ujian untuk menguji kereta mereka di [[Sepanyol]] manakala pemandu ujian Honda, Alexander Wurz, berlumba di Le Mans.
 
===Mercedes GP (2011-Kini)===
Davidson telah menyatakan hasratnya untuk kembali ke Formula Satu semasa beliau menjadi pengulas, dan telah dikaitkan dengan pasukan. Bagaimanapun, beliau tidak mampu untuk mendapatkan kedudukan perlumbaan pada mana-mana pasukan untuk [[Formula Satu musim 2011|musim 2011]]. Walaubagaimanapun pada tahun 2011, Davidson telah diumumkan sebagai pemandu simpanan untuk [[Mercedes Grand Prix|Mercedes GP]].
 
===Permainan video Formula Satu Codemaster===
Davidson menjadi penasihat untuk Codemasters untuk permainan video F1 2009 (untuk Wii, PSP dan iPhone / iPod Touch) sejak tahun 2009, dan F1 2010 (terdapat untuk PC juga) yang dikeluarkan pada September 2010. Reka bentuk [[topi keledar]] beliau boleh dipilih oleh pemain yang bermain permainan video tersebut. Baru-baru ini beliau telah bekerja dengan Codemasters-Birmingham untuk F1 2011 yang dikeluarkan pada 20 ~ 23 September 2011.
 
==Rekod perlumbaan==
=== Keputusan lengkap Formula Satu ===
([[:Template:F1 driver results legend 2|kunci]]) (Perlumbaan dalam '''bold''' merupakan petak pertama; perlumbaan dalam ''italics'' merupakan pusingan terpantas)