Kacang botor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
Baris 32:
Pokok kacang botor merupakan salah satu pokok mengikat [[nitrogen]] yang terbaik, dengan [[penodulan]] dilaksanakan oleh [[Rhizobium]], sejenis [[bakteria]] tanah. Disebabkan keupayaannya untuk mengikat [[gas]] nitrogen dari [[atmosfera]], pokok ini tidak memerlukan banyak [[baja]] nitrogen tetapi masih memerlukan baja lain seperti [[fosforus]] dan [[kalium]].
 
Sebagai pokok tropika, ia amat peka akan [[fros]]. Pokok ini tidak akan berbunga jika panjang siang melebihi 12 jam. Biji benihbenihnya mempunyai kulit yang keras, dan untuk membantu [[percambahan]], biji benih boleh direndam sebelum menanam. Pokok ini bertumbuh dengan cepat, dan mencapai panjang sebanyak empat meter dalam hanya tempoh beberapa minggu sahaja.
 
Ia ditanam secara biji dan akan bercambah antara 5-7 hari selepas disemai, bergantung kepada varieti. Lebih kurang dua bulan setengah selepas disemiadisemai, ia akan mula berbunga, tetapi ada jenis baka yang berbunga selepas lima bulan ia ditanam. Buah kacang botor mencapai panjang maksimum dalam masa 20 hari selepas berbunga dan masih lembut ketika itu, serta sesuai dijadikan sayur. Ia matang dalam masa 65 hari selepas berbunga.
 
==Perosak dan Penyakit==