Perbezaan antara semakan "Mohamed Said Bin Keruak"

tiada ringkasan suntingan
k (bot membuang: en:Tun Said Keruak (deleted))
}}
Tun Haji '''Mohamed Said bin Keruak''' adalah seorang ahli politik [[Barisan Nasional]] - [[USNO]] di [[Malaysia]]. Beliau pernah menjadi [[Ketua Menteri Sabah]] (1975-1976) dan [[Yang di-Pertua Negeri Sabah]] (1987-1994).
 
==Keluarga==
Anaknya [[Salleh Said Keruak]] turut terjun ke arena politik dan pernah menjadi [[Ketua Menteri Sabah]] dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. Anaknya Datin Saidatul Badru Tun Mohd Said, 61, pengasas dan Pengerusi Sekolah Islamiah al-Badru, Darul Bakti di [[Kota Belud]], Sabah. Said Keruak mewakapfkan tanah seluas 1.5 hektar untuk tujuan pendidikan Islam .<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0722&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_03.htm Bangga berbakti di Darul Bakti]</ref>
 
==Politik==
Said Keruak pernah menjadi Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah (September 1966) <ref>[http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/straitstimes19660917.2.118.aspx Sabah Turf Club row: Owner wins point on rules]</ref> Pada 2 Februari 1965, beliau mengumumkan projek pengairan dan sawah padi seluar 1100 ekar di [[Kota Belud]],[[Kudat]], [[Ranau]], [[Keningau]], [[Bandau]] dan [[Labuan]]. [[Lembah Labuk]] juga sesuai untuk tujuan pertanian. RM333,000 untuk skim ladang kelapa sawit Klias di Beaufort.<ref>[http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/straitstimes19650202.2.51.aspx GIANT SCHEME TO OPEN UP LAND]</ref>
 
Minat beliau mendalam dalam sukan kuda dan menyertai Kelab Kuda Diraja Sabah yang terletak di Jesselton.Beliau mempunyai enam ekor kuda termasuk yang bernama 'Sweet Seventeen'. Akhirnya beliau berhenti daripada kelab lumb kuda itu ekoran beberapa pertikaian.
 
==Yang diPertua Negeri Sabah==
Ketika beliau menjadi TYT Sabah, krisis dalam PBS berlaku dan UMNO dibawa dari Semenanjung. Beberapa pemimpin PBS menubuhkan parti UMNO di Sabah di bawah pimpinan [[Sakaran Dandai]].Demi kselamatan, polis [[PDRM]] Sabah diketuai Ketua Polis Pantai Barat Sabah, Penolong Kanan Pesuruhjaya II Tuffile Nawab Din melakukan pemeriksaan keselamatan di bangunan Dewan Undangan Negeri di [[Likas]] . Said Keruak menegaskan pebentukan kerajaan baru adalah di bawah bidang kuasa dan budi bicara Yang diPertua Negeri Sabah.Kerajaan sedia ada pimpinan Pairin Kitingan tidak lagi mempunyai sokongan majoriti. Akhirnya , Sakaran dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah menggantikan Joseph Pairin Kitingan tanpa mematuhi prosedur yang betul. Kemudian anaknya Salleh Said Keruak menjadi Ketua Menteri Sabah.
 
==Rujukan==
{{reflist}}
 
[[Kategori:Kelahiran 1920]]
16,835

suntingan