Perbezaan antara semakan "Bilad al-Syam"

1 bait dibuang ,  8 tahun lalu
k
Kemas
(Mencipta laman baru dengan kandungan '<!-- {{About|Arab province of Syria during the Caliphates|Syrian Arab nationalistic concept of Great Syria|Greater Syria}} --> {{Infobox Former Subdivision ...')
 
k (Kemas)
'''Bilad al-Sham''' ([[Bahasa Arab]] بلاد الشام, "negeri Syam") ialah wilayah kekhalifahan [[Khulafa al-Rasyidin|al-Rasyidin]], [[Kerajaan Bani Umayyah|Umayyah]] dan kemudiannya [[Kerajaan Bani Abbasiyyah|Abbasiyyah]]. Wilayah ini menggabungkan beberapa bekas wilayah [[Byzantine]] bernama Kawasan Uskup Timur, dan ditubuhkan sejenak selepas penaklukan Syria oleh orang Islam pada pertengahan abad ketujuh yang tamat pada [[Pertempuran Yarmuk]].
 
Pada waktu penaklukan oleh tentera Rasyidin, wilayah ini diduduki oleh kebanyakannya petani [[Kristian]] mazhab ''Monophysite'' (pengikut syariat Nabi Yaakub) yang bertutur dalam [[Bahasa AramaicAramia]] (seperti orang Mardah dan Malaki Byzantine), Arab [[Ghassan]] (Arab: الغساسنة‎ al-Ghasasinah) dan [[Nabatea]] (Arab:الأنباط‎ al-Anbat), dan juga kaum minoriti seperti [[orang Samaria]], [[Yahudi]] dan Iturea. Identiti penduduk wilayah ini tidak bertukar menjadi Muslim dan Arab sehingga beberapa abad selepas wilayah ini ditakluk.
 
Pada zaman [[Kerajaan Bani Umayyah|Umayyah]], Syam dibahagikan kepada lima ''jund'' atau daerah tentera: [[Jund Dimashq]], [[Jund Hims]], [[Jund Filastin]] dan [[Jund al-Urdunn]]. Kemudian, [[Jund Qinnasrin]] ditubuhkan sebagai sebahagian Jund Hims. Bandar [[Damsyik]] merupakan ibu negara kekhalifahan Islam sehingga kemunculan Kekhalifahan [[Kerajaan Bani Abbasiyyah|Abbasiyyah]].